Program Latihan Kemahiran Dan Kerjaya (PLKK)

Program Latihan Kemahiran Kerjaya (PLKK) adalah bertujuan menyediakan bantuan kewangan dan pengurusan bagi membolehkan  kumpulan sasar mengikuti kursus-kursus latihan jangka pendek, sederhana dan panjang termasuk asas  MLVK  (Sijil Kemahiran Malaysia SKM I & SKM II)

PLKK  juga bertujuan meningkatkan lagi kemahiran kumpulan sasaar supaya mereka mampu mendapat pekerjaan  atau mengusahakan perniagaan perkhidmatan yang boleh memberikan pendapatan yang lebih tinggi dan seterusnya mengluarkan mereka serta keluarga dari belenggu kemiskinan.

Syarat kelayakan menyertai Program Latihan Kemahiran Kerjaya (PLKK) spt berikut:

  1. Disahkan sebagai miskin tegar berpendapatan rendah (B 40)  dan berdaftar dengan Bank Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih)
  2. Diperaku layak oleh Focus Group Negeri atau Daerah
  3. Warganegara Malaysia
  4. Had umur  15-35 tahun untuk Ahli Isi Rumah manakala bagi pelatih Ketua Isi Rumah dah Suri Rumah  berumur 65 tahun ke bawah
  5. Boleh Menulis , Membaca dan Mengira
  6. Tahap Kesihatan Yang Baik
  7. Belum pernah mengikuti mana mana latihan kemahiran
  8. Peserta yang telah tamat tahap1 dan berpotensi untuk ke tahap 2

KADAR BANTUAN

TEMPOH LATIHAN / KURSUS KADAR BANTUAN (RM)
Kurang dari 1 minggu 1,200.00
1 minggu hingga 3 bulan 3,000.00
3 bulan hingga 6 bulan 5,000.00
6 bulan hingga 1 tahun 10,000.00
SKM 1 hingga SKM 2 15,000.00