PROGRAM SKIM BANTUAN MODAL NIAGA 2021

Skim Bantuan Modal Niaga (SBMN) bertujuan memberi bantuan perniagaan kepada kumpulan berpendapatan B40 dan M40 di wilayah KEJORA dalam bidang keusahawanan. SBMN diwujudkan bagi membantu meningkatkan taraf hidup mereka yang kurang berkemampuan ke arah yang lebih baik seterusnya melahirkan masyarakat bumiputera yang berdikari dan rajin berusaha. Bentuk bantuan yang disediakan adalah seperti keperluan peralatan dan yang bersesuaian dengan potensi dan kemahiran pemohon. Bersama-sama ini dilampirkan pautan https://forms.gle/bdNDLEP4oMY5ztY69 yang perlu diisi secara dalam talian serta syarat-syarat dan hendaklah dihantar kepada Unit Ekonomi dan Usahawan.

 

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan bagi Program Skim Bantuan Modal Niaga 2021 yang ditawarkan ini adalah pada 28 Februari 2021.

Sekiranya tiada jawapan dari pihak kami dalam masa 3 bulan, permohonan tuan dianggap tidak berjaya.

 

IKLAN-PROGRAM-SBMN-2021