Bahagian Pentadbiran Dan Pengurusan Sumber Manusia telah merangka dan melaksanakan Program Sesi Orientasi bagi 13 anggota baharu KEJORA. Program ini dibentuk bagi membolehkan setiap anggota baharu KEJORA memahami prinsip dan falsafah pewujudan KEJORA, memahami jentera pentadbiran kerajaan dan peraturan-peraturan asas perkhidmatan awam serta pembentukan jati diri bagi menghadapi cabaran dan ekspektasi pelanggan. Sesi Orientasi ini dilaksanakan dalam tempoh lima (4) hari meliputi dua (2) segmen iaitu Taklimat Fungsi dan Program Lawatan Wilayah KEJORA.

Objektif Sesi Orientasi ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pegawai mengenai Fungsi Bahagian/Unit di KEJORA, prinsip dan falsafah pembentukan KEJORA, sistem pentadbiran kerajaan serta peraturan-peraturan asas perkhidmatan awam; Memupuk keperibadian, jati diri dan nilai patriotisme pegawai supaya lebih berketerampilan dan berkemampuan menyesuaikan diri dalam perkhidmatan awam; menerapkan nilai budaya kerja cemerlang agar pegawai dapat memberikan penyampaian perkhidmatan dengan cekap serta berkesan dan memberi pendedahan kepada anggota baharu projek  dan program yang dilaksanakan di Wilayah KEJORA.

Segmen Taklimat Fungsi telah diadakan bermula pada 26 hingg 28 Mac 2018 bertempat di Bilik Mesyuarat Pengerusi. Sepanjang sesi tersebut, anggota baharu KEJORA telah didedahkan dengan fungsi semua Bahagian dan Unit di KEJORA yang meliputi Sektor Pengurusan, Sektor Pembangunan dan fungsi-fungsi yang diletakkan dibawah Tadbir Urus Pengurus Besar. Manakala pada 29 Mac pula, semua anggota diberi kesempatan untuk meninjau ke lokasi pembangunan dan projek yang dilaksanakan di Wilayah KEJORA.

Anggota baharu telah dibawa untuk melawat ke Ladang Fertigasi KEJORA di Sg. Chemaran dan Projek Ladang Buah Berskala Besar (EPP7) di Kg. Tuan Seh, Sedili Kecil yang dikelolakan oleh Bahagian Pertanian Dan Industri Asas Tani dan seterusnya ke Kilang IKS yang terletak di Bandar Mas. Premis ini merupakan salah satu projek pembangunan dibawah seliaan Unit Ekonomi Dan Usahawan. Turut dilawati ialah Homestay Kg. Belukar Durian yang merupakan destinasi popular untuk memancing udang air tawar dan juga ini diselubungi dengan tumbuh-tumbuhan di tepi sungai dan hutan paya air tawar. Sedili Wetlands Kg. Belukar Durian ini merupakan salah satu projek dibawah seliaan Bahagian Pelancongan.

Semoga melalui Sesi Orientasi ini dapat mendedahkan anggota baharu dengan dunia pekerjaan yang menuntut penyampaian perkhidmatan dengan cekap serta berkesan kepada golongan sasar