Soalan Lazim
KEJORA adalah salah sebuah agensi badan berkanun di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW) yang berfungsi sebagai agen Pembangunan Wilayah bagi kawasan Tenggara Negeri Johor. Pembahagian wilayah meliputi 16% kawasan Negeri Johor dengan jumlah keluasan 300,111 hektar. Ianya terbahagi kepada 2 wilayah kecil iaitu Johor Tengah (149,009 hektar) dan Pengerang (151,356 hektar). Terletak di dua daerah iaitu Kota Tinggi (75%) dan Kluang (25%).
Dewasa ini, kebanyakan maklumat dan perkhidmatan Kerajaan Negeri Johor telah disediakan secara online dan KEJORA diwujudkan untuk memberi kemudahan kepada orang ramai mencari maklumat dan perkhidmatan yang disediakan.
a) e-Aduan
b) e-Perjawatan
c) e-Perolehan
Jika maklumat ini tidak mencukupi, sila hubungi :-
Nama : Rosni bt. Nawawi @ Jusoh
Bahagian/unit : Bhgn. Pentadbiran dan Pembangunan Sumber Manusia
No. Telefon : 07-8843000 (samb : 3056 )
E-mel : pro@kejora.gov.my