Unit Pelaburan

Latar Belakang

Unit Pelaburan telah ditubuhkan lanjutan daripada sesi Khidmat Nasihat SPRM yang telah ditandatangani oleh Pengurus Besar pada 2 Februari 2016. Selain itu juga, dalam Laporan Ketua Audit Negara Bil.3/2016 berhubung pentadbiran hartanah di KEJORA juga turut menyokong pemantauan yang lebih spesifik bagi projek-projek penswastaan dan pengurusan pembangunan hartanah.

Unit Pelaburan telah ditubuhkan secara rasmi secara pentadbiran di bawah Unit Pejabat Pengurus Besar pada 2 Julai 2017 dengan menjalankan fungsi-fungsi unit meliputi tiga skop bidang yang utama selaras dengan keputusan Mesyuarat Khas Unit Pelaburan Bil.2/2017 bertarikh 10 Disember 2017 yang dipengerusikan oleh Pengurus Besar KEJORA sebagaimana berikut:

  1. Sektor Tadbir Urus Korporat/Khidmat Pengurusan Pelaburan
  2. Sektor Pembangunan Hartanah Dan Komersial

iii.        Sektor Pengurusan Tabung-Tabung Dan Ekuiti

Bagi memperkukuhkan tadbir urus Pelaburan KEJORA ke arah                          “Good Corporate Governance”,   beberapa Jawatankuasa berkaitan telah   ditubuhkan. Senarai dan fungsi Jawatankuasa tersebut diperincikan sebagaimana jadual di bawah:

 

Bil.

 

Nama Jawatankuasa

 

Fungsi

 

Tarikh Ditubuhkan

1. Jawatankuasa Pelaburan KEJORA (JPK) Jawatankuasa ini bertanggungjawab kepada Lembaga Pengarah KEJORA untuk melaksanakan kaedah pelaburan yang difikirkan bersesuaian dan wajar berdasarkan garis panduan yang ditetapkan sebagaimana Arahan Amanah yang diluluskan 12 April 2012
2. Initial Assessment Committee (IAC) Jawatankuasa ini bertanggungjawab meneliti isu dan masalah yang sedang berlaku dalam pengurusan pelaburan KEJORA dan seterusnya mengesyorkan langkah-langkah penambahbaikan yang berbentuk segera, jangka sederhana dan jangka panjang untuk pelaburan yang dirancang 18 Mac 2019
3. Jawatankuasa Imbuhan Dan Penamaan KEJORA (JPIK) Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk mengkaji, menilai dan meneliti bagi lantikan Lembaga Pengarah, Ketua Pegawai Eksekutif, Ketua Pegawai Operasi dan Ketua Pegawai Kewangan Anak Syarikat KEJORA seterusnya mengesyorkan kepada Lembaga Pengarah KEJORA untuk pertimbangan dan kelulusan. 23 Februari 2020

Objektif

  • Merancang cadangan pelaburan berbentuk komersial setelah dikenalpasti dari Bahagian Perancangan Strategik KEJORA.
  • Meneliti dan menilai cadangan pelaburan dalam bentuk hartanah dan kewangan terutama dari aspek pulangan pelaburan/Return On Investment (ROI) kepada KEJORA.
  • Memantau pelaksanaan projek komersial/ usahasama KEJORA mengikut ketetapan dalam perancangan/perjanjian yang telah dipersetujui/ditandatangan.
  • Mengkaji cadangan pelaburan KEJORA termasuk kajian kebolehterusan/ke arah hala tuju membiayai diri agensi.

Fungsi Utama

TADBIR URUS KORPORAT/KHIDMAT PENGURUSAN

  • Penyediaan dan pematuhan dasar/polisi pelaburan kejora
  • Meneliti dan menilai cadangan pelaburan dalam bentuk hartanah dan kewangan bagi projek-projek komersial dan usahasama terutama dari aspek Pulangan Pelaburan / Return On Investment (ROI) kepada KEJORA.
  • Menyelaras dan memantau aktiviti dan prestasi anak syarikat dan subsidairi termasuk prestasi projek/kewangan, penyaluran dana dan pusat rujukan bagi hal-hal pelaburan anak syarikat.
  • Memantau dan memastikan aliran tunai bagi Pulangan Pelaburan/ROI bagi projek-projek komersial/usahasama KEJORA mengikut perancangan/perjanjian yang ditetapkan.
  • Mengkaji cadangan pelaburan KEJORA termasuk kajian kebolehterusan/ke arah hala tuju membiayai diri

PEMBANGUNAN HARTANAH DAN KOMERSIAL

  • Menyelaras urusan perlantikan jurunilai hartanah dan swasta untuk tujuan perolehan/pelupusan aset pelaburan, pelaburan jangka masa pendek,jangka masa sederhana dan jangka masa panjang.
  • Menyelaras permohonan cadangan projek-projek usahasama KEJORA(Perumahan/Pertanian/Pelancongan) yang berdaya maju.
  • Menyelaras dan menilai semula pelaburan KEJORA dalam bidang-bidang pelaburan komersial sedia ada dalam bidang yang bersesuaian (viability & sustainability).
  • Memantau perjanjian pelaburan usahasama/swasta KEJORA selaras dengan pulangan pelaburan yang telah ditetapkan dalam perjanjian/persetujuan.

PENGURUSAN TABUNG-TABUNG DAN EKUITI

  • Menyelaras urusan perlantikan jurunilai hartanah dan swasta untuk tujuan perolehan/pelupusan aset pelaburan, pelaburan jangka masa pendek,jangka masa sederhana dan jangka masa panjang.
  • Menyelaras permohonan cadangan projek-projek usahasama KEJORA(Perumahan/Pertanian/Pelancongan) yang berdaya maju.
  • Menyelaras dan menilai semula pelaburan KEJORA dalam bidang-bidang pelaburan komersial sedia ada dalam bidang yang bersesuaian (viability & sustainability).
  • Memantau perjanjian pelaburan usahasama/swasta KEJORA selaras dengan pulangan pelaburan yang telah ditetapkan dalam perjanjian/persetujuan.