Unit Perundangan
OBJEKTIF
- Memastikan kepentingan KEJORA sentiasa terpelihara daripada sebarang tindakan perundangan oleh pihak luar.
- Memastikan tindakan yang diambil ke atas pihak luar dapat memelihara kepentingan KEJORA daripada sebarang tindakan perundangan.
- Memastikan proses atau semua aktiviti yang dilaksanakan adalah mematuhi peruntukan undang-undang Malaysia yang digunapakai oleh KEJORA.
FUNGSI
- Khidmat Nasihat Perundangan.
- Dokumentasi Perjanjian dan Suratcara Perundangan.
- Litigasi.
KHIDMAT NASIHAT PERUNDANGAN
- Memberi khidmat nasihat kepada Pengurusan sama ada secara lisan atau bertulis mengikut keadaan tertentu.
- Mendapatkan khidmat nasihat secara bertulis daripada Panel Peguam yang dilantik berhubung sesuatu isu yang dibangkitkan.
DOKUMENTASI PERJANJIAN DAN SURATCARA PERUNDANGAN
- Menyediakan draf Perjanjian samada sewaan, pajakan, pinjaman dan sebagainya menurut arahan yang diterima.
- Mengarahkan panel peguam menyediakan draf perjanjian sama ada sewaan, pajakan, pinjaman dan sebagainya menurut arahan yang diterima.
- Menyemak draf perjanjian yang disediakan oleh panel peguam.
- Menyediakan draf akhir berdasarkan pandangan dan ulasan Bahagian.
- Menguruskan dan menyempurnakan Borang Pindahmilik, Gadaian, pelepasan gadaian, pajakan serta lain-lain borang yang berkaitan dengan tanah.
- Merekod dan menyimpan dokumen perjanjian KEJORA.
LITIGASI
- Meneliti dan menyemak sesuatu kes tuntutan sebelum diserahkan kepada peguam untuk dibawa ke mahkamah.
- Memberi arahan kepada panel peguam untuk memulakan tindakan undang-undang kepada individu atau syarikat sama ada melalui tindakan saman atau melalui lain-lain cara yang sesuai.
- Meneliti dan menyemak kes KEJORA disaman sebelum diserah kepada pihak peguam untuk pembelaan.
- Memberi arahan kepada panel peguam untuk memfailkan pembelaan bagi pihak KEJORA
- Memantau perjalanan kes yang melibatkan KEJORA terutamanya KEJORA sebagai Defendan.
- Memantau prestasi panel peguam yang mengendalikan sesuatu kes untuk KEJORA.
- Mengeluarkan notis-notis tuntutan perundangan.
- Menghadirkan diri ke Mahkamah sebagai pemerhati bagi pihak KEJORA