 |
|
- Menyediakan satu skim pinjaman kewangan kepada para usahawan dan bakal usahawan dengan bayaran perkhidmatan 5% setahun.
|
 |
|
- Tempoh bayaran balik maksima adalah 60 bulan
- Tempoh penangguhan bayaran balik maksima 6 bulan
- Penjamin adalah diperlukan
- Pembiayaan adalah untuk projek yang sedang diusahakan dan juga projek baru
|
 |
|
- Pinjaman yang diberikan adalah untuk membiayai pembelian mesin dan peralatan sehingga RM20,000.00
- Pinjaman untuk modal pusingan sehingga RM10,000.00.
|
 |
|
- Had Pinjaman tidak melebihi RM20,000.00.
|
 |
|
Pembiayaan yang boleh diberi bagi perusahaan berikut:
- Elektrik dan elektronik
- Barangan kejuruteraan logam
- Barangan berasaskan plastik
- Barangan bukan logam
- Barangan berasaskan kayu
- Barangan berasaskan getah
- Barangan pakaian
- Barangan cenderamata dan kraftangan
- Barangan automotif
- Perusahaan berasaskan pertanian dan ternakan
- Perusahaan memproses makanan
- Bengkel kenderaan
- Percetakan
- Pengiklanan
- Fotografi
- Grafik
- Perkhidmatan Francais
- Pelancongan
|
 |
|
- Dimiliki sepenuhnya 100% oleh bumiputera
- Tapak perusahaan dalam Wilayah KEJORA
- Perniagaan dijalankan sepenuh masa
- Menjalankan perniagaan atau perusahaan di premis perniagaan/rumah
- Mempunyai aliran tunai yang mantap
- Pengusaha tidak diistiharkan muflis
|
 |
|
- Bayaran setem dan guaman ditanggung oleh peminjam.
|
 |
|
- KEJORA akan menguruskan bekalan mesin atau peralatan atau barangan kepada peminjam mengikut peraturan-peraturan kerajaan.
|
 |
|
- Permohonan yang berjaya dikehendaki menandatangani perjanjian pinjaman dengan KEJORA.
|
 |
|
- Menggunakan Borang Permohonan Skim Pinjaman Usahawan KEJORA yang boleh diperolehi di Bahagian Pertanian, Perindustrian dan Pelancongan.
- Melengkapkan butiran aliran Tunai Projek.
- Borang yang lengkap diisikan hendaklah dikemukakan ke ibu pejabat KEJORA bersama-sama:
a. Katalog spesifikasi mesin atau peralatan
b. Sebutharga daripada syarikat
c. Aliran tunai projek
d. Sijil pendaftaran perniagaan (salinan sekiranya ada)
e. Gambar berukuran pasport
- Permohonan yang lengkap sahaja akan diproses.
|
 |
|
- Pihak peminjam hendaklah menyediakan seorang penjamin dengan syarat-syarat berikut:
a. Penjamin hendaklah terdiri daripada pegawai atau kakitangan kerajaan
b. Berpendapatan tetap RM800.00 sebulan ke atas
- Sekiranya peminjam membayar mengikut jadual yang ditetapkan, peminjam layak mendapat 30% geran/potongan daripada jumlah pinjamannya sebagaimana berikut:
a. Bayaran berturut-turut selama 48 bulan untuk pinjaman 60 bulan (5 tahun)
b. Bayaran berturut-turut selama 30 bulan untuk pinjaman 36 bulan (3 tahun)
|
 |
|
- Borang-borang pinjaman boleh diperolehi di Bahagian Pertanian, Perindustrian dan Pelancongan KEJORA dengan bayaran sebanyak RM1.00.
- Borang-borang yang lengkap sahaja akan diproses.
- Permohonan akan diluluskan dalam masa 8 minggu.
|