A. OBJEKTIF
Merancang strategi, menyelaras dan memantau pembangunan ekonomi dalam sektor-sektor tertentu di Wilayah KEJORA.
B. FUNGSI
- Merancang strategi dalam mengembangkan ekonomi wilayah KEJORA dalam sektor pertanian, perindustrian, usahawan dan pelancongan
- Mencari peluang dan ruang bagi menggalakkan lagi perkembangan ekonomi wilayah KEJORA
- Menjalankan aktiviti promosi dan jaringan kerjasama untuk memperkenalkan sumber yang terdapat di dalam wilayah KEJORA
- Mengenalpasti sumber yang terdapat di dalam wilayah KEJORA untuk dikomersialkan keperingkat antarabangsa
- Meningkatkan tahap ekonomi masyarakat di dalam wilayah KEJORA melalui program bimbingan perniagaan dan keusahawanan
- Menjalankan usaha berterusan dalam melonjakkan ekonomi wilayah KEJORA kearah berdaya saing yang lebih kompetitif.
C. AKTIVITI UTAMA
Aktiviti Utama Unit Ekonomi dan Usahawan
| Bil | Aktiviti Utama | Pihak Lain Yang Terlibat | Sistem Semasa |
| 1. | Merancang dan menyelaras pembangunan sektor perindustrian di kawasan KEJORA | • Pelabur • Syarikat Swasta • Kerajaan Negeri Johor • Agensi terlibat dengan perindustrian (MITI, MATRADE dll) | • Tiada |
| 2. | Merancang, menyelaras dan melaksanakan program pembangunan usahawan | • Usahawan • Agensi terlibat dengan keusahawanan (PUJB, SEMIDEC, MATRADE dll) | • Tiada |
| 3. | Merancang strategi dalam mengembangkan ekonomi melalui sumber yang ada dalam pelbagai sektor | • Penduduk wilayah KEJORA | • Tiada |
D. PRODUK DAN PERKHIDMATAN
Produk dan Perkhidmatan Unit Ekonomi dan Usahawan
| Bil | Produk/Perkhidmatan | Kumpulan Sasar |
| 1. | Penjualan lot industri dan memastikannya dibangunkan | • Pelabur • Pemilik Lot Industri |
| 2. | Pengurusan keperluan prasarana dan premis perusahaan/perniagaan | • Usahawan |
| 3. | Membantu usahawan mengenalpasti bidang perniagaan yang berpotensi | • Usahawan dan bakal usahawan |
| 4. | Pembangunan Usahawan | • Usahawan |