Bahasa Melayu | English | Bahasa Lain
Bahagian Perancang Bandar dan Desa

A. OBJEKTIF

  1. Merancang dan membangunkan keseluruhan kawasan di wilayah KEJORA selaras dengan dasar dan pelan pembangunan di peringkat negara, negeri dan daerah;
  2. Mengawal dan mengurangkan ketidakseimbangan pembangunan antara bandar dan desa di wilayah KEJORA; dan
  3. Membangunkan Bandar-bandar Baru dan Kampung Tersusun KEJORA melalui perlaksanaan projek-projek penswastaan,   perumahan,  perniagaan,  perindustrian, pelaburan dan sumber-sumber sediada.

 

B. FUNGSI

  1. Memastikan perancangan dan pembangunan dilaksanakan di wilayah KEJORA seimbang, teratur, terkawal dan harmoni selaras dengan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1972 (Akta 172);
  2. Membuat Penggubahan Pelan Induk Wilayah KEJORA selaras dengan dasar dan pelan pembangunan Rancangan Fizikal Negara (RFN), Rancangan Struktur Negeri (RSN) Johor dan Rancangan Tempatan Daerah (RTD) Kota Tinggi dan Kluang;
  3. Merancang dan mengurus pelan susunatur pembangunan 6 buah Bandar-Bandar baru KEJORA;
  4. Merancang dan melasksanakan projek-projek pembangunan lanskap di wilayah KEJORA;
  5. Menjadi urusetia, merancang dan mengurus pembangunan cadangan pembangunan Kampung Tersusun KEJORA;
  6. Menjadi urusetia, merancang dan mengurus projek-projek penswastaan di wilayah KEJORA;
  7. Merancang dan mengurus pelan-pelan perancangan Kampung-kampung Tradisional KEJORA;
  8. Memberi ulasan/ maklumbalas perancangan terhadap permohonan kebenaran merancang dan projek-projek pembangunan fizikal, ekonomi dan sosial di peringkat KEJORA;
  9. Menyedia/ memberi maklumbalas kajian cadangan rancangan kawasan khas ke atas kawasan-kawasan yang mempunyai karakter dan kepentingan yang perlu dipelihara atau dikawalselia seperti kawasan yang kaya dengan nilai sejarah, warisan atau budaya;
  10. Menyedia dan mengemaskini pangkalan data perancangan gunatanah dalam sistem geospatial; dan
  11. Menjalankan kajian pembangunan dari semasa ke semasa berdasarkan kepentingan dan keperluan.

 

C. AKTIVITI UTAMA

Aktiviti Utama Bahagian Perancang Bandar dan Desa

Bil Aktiviti Utama Pihak Lain Yang Terlibat Sistem Semasa
1. Mengurus kerja-kerja berkaitan Perancangan Bandar dan Desa • Pihak Swasta;
• Pemaju Perumahan;
• Orang Awam
 
2. Membuat Penggubahan Pelan Induk Wilayah KEJORA. • Pihak Swasta;
• Pemaju Perumahan;
• Orang Awam.
 
3. Melaksanakan projek-projek pembangunan lanskap Wilayah KEJORA (mengurus kerja-kerja kontrak seperti tender, sebutharga dan arahan kerja). • Kontraktor;
• Perunding Sistem Pendaftaran Pembekal dan Kontraktor
• Sistem Pendaftaran Pembekal dan Kontraktor
4. Urusetia cadangan pembangunan Kampung Tersusun KEJORA. • PBT;
• Perunding;
• Orang Awam.
 
5. Urusetia perlaksanaan projek-projek penswastaan KEJORA. • Pemaju Perumahan;
• Syarikat Swasta;
• Orang Awam.
 

 

D. PRODUK DAN PERKHIDMATAN

Produk dan Perkhidmatan Bahagian Perancang Bandar dan Desa

Bil Produk/Perkhidmatan Kumpulan Sasar
1. Mengurus kerja-kerja berkaitan Perancangan Bandar dan Desa. • Pelanggan KEJORA
2. Membuat Penggubahan Pelan Induk Wilayah KEJORA. • Pihak Swasta;
• Pemaju Perumahan;
3. Melaksanakan projek-projek pembangunan lanskap Wilayah KEJORA (mengurus kerja-kerja kontrak seperti tender, sebutharga dan arahan kerja). • Kontraktor
• Perunding
4. Urusetia cadangan pembangunan Kampung Tersusun KEJORA. • Orang Awam.
5. Urusetia perlaksanaan projek-projek penswastaan KEJORA. • Pemaju Perumahan;
• Syarikat Swasta;
• Orang Awam.

 

 


Saiz Teks :
Kecilkan Teks Set Semula Teks Besarkan Teks
| Warna Teks :
Tema Asal Tema Perang Tema Biru Tema Hitam
| Latar Belakang :
Latarbelakang 1 Latarbelakang 2 Latarbelakang 3
| Pengguna Kurang Upaya :
Capaian Pengguna Kurang Upaya