A. OBJEKTIF
- Melaksanakan kuasa pentadbiran dan perkhidmatan di Bandar-Bandar Baru KEJORA mengikut Seksyen 7 Akta Kerajaan Tempatan 1976, Undang-undang Kecil serta undang-undang yang dikuatkuasa.
- Meningkatkan mutu perkhidmatan Kerajaan Tempatan KEJORA dalam melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan kebersihan di Bandar-Bandar Baru KEJORA dengan mengadakan kemudahan-kemudahan yang lebih baik untuk kesejahteraan masyarakat.
B. FUNGSI- FUNGSI UTAMA BAHAGIAN KERAJAAN TEMPATAN
Fungsi Lembaga Bandaran Johor Tenggara (LBJT) mula dilaksanakan dan dikuatkuasakan pada 8 Julai 1983 mengikut Seksyen 7, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Kuasa-kuasa yang diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada KEJORA sebagaimana Enakmen Bil.7 (penyerahan tugas kepada KEJORA):
- Di bawah Seksyen 5 – LBJT boleh bertindak sebagai pemungut di bawah Kanun Tanah Negara.
- Di bawah Seksyen 7 – LBJT boleh menjalankan tugas sebagai Lembaga Bandaran.
Tugas dan fungsi LBJT mengikut unit adalah sebagaimana berikut:
Unit Kebersihan Dan Pelesenan
- Memproses permohonan, mengeluarkan, memperbaharui dan membatalkan lesen tred gerai, pasar awam dan pasar malam.
- Menyedia, mengurus dan mengawal perkhidmatan pungutan dan pelupusan sampah, pembersihan parit, longkang, jalan, kawasan lapang dan pemotongan rumput.
- Menyediakan perkhidmatan kesihatan am termasuklah kawalan mutu makanan dan kawalan penyakit bawaan vektor.
- Penyewaan gerai-gerai milik LBJT.
Unit Bangunan
- Melaksanakan proses kelulusan dan penguatkuasaan undang-undang di bawah kawalan pembangunan.
- Pengeluaran pelbagai permit dan lesen yang berhubung-kait dengan bangunan.
- Menyeliaselenggara kemudahan awam dan aset LBJT.
Unit Senitaman
- Merancang program pengindahan bandar-bandar KEJORA bagi keselesaan, keharmonian dan keselamatan pengguna atau penduduk.
- Melaksanakan Aktiviti Persiapan sesuatu majlis yang diperlukan untuk kepuasan hati pelanggan.
- Mengawal dan menyelaras aktiviti perlandskapan di bandar-bandar baru KEJORA
- Memastikan segala laporan berkenaan aduan awam diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan.