A. OBJEKTIF
- Membangun dan mengurus selia teknologi maklumat yang berkesan sebagai input kepada pihak pengurusan dalam melaksanakan dasar dan mengatur strategi bagi mempertingkatkan taraf hidup dan sosio ekonomi penduduk di wilayah KEJORA
- Membentuk masyarakat yang mampu memanfaatkan ICT untuk tujuan kesejahteraan hidup.
- Menilai dan melaporkan kemajuan pelaksanaan projek-projek pembangunan ICT kepada pengurusan KEJORA dan Kementerian.
B. FUNGSI
- Merancang, menyelaras dan memantau urusan berkaitan perancangan dan pembangunan system.
- Menyelaras, menyenggara dan memberi khidmat nasihat urusan berkaitan penyenggaraan system.
- Mengurus, menyelaras dan menyelia urusan berkaitan rangkaian dan keselamatan ICT di KEJORA.
- Menyelaras, mengurus, merancang dan melaksana urusan berkaitan operasi ICT dan bantuan teknikal.
C. AKTIVITI UTAMA
Aktiviti Utama Bahagian Teknologi Maklumat
| Bil | Aktiviti Utama | Pihak Lain Yang Terlibat | Sistem Semasa |
| 1. | Merancang dan membangun sistem aplikasi di KEJORA | • Vendor • Semua Bahagian | • Tiada |
| 2. | Menyelaras dan menyenggara sistem | • Vendor • Semua Bahagian | • Sistem Penyenggaraan Komputer |
| 3. | Mentadbir rangkaian dan keselamatan ICT | • Vendor • Semua Bahagian | • SPP II |
| 4. | Menyediakan khidmat operasi dan bantuan teknikal | • Vendor • Semua Bahagian | • Tiada |
D. PRODUK DAN PERKHIDMATAN
Produk dan Perkhidmatan Bahagian Teknologi Maklumat
| Bil | Produk/Perkhidmatan | Kumpulan Sasar |
| 1. | Pengurusan berkaitan perancangan dan pembangunan infodesa | • Komuniti di wilayah KEJORA |
| 2. | Pengurusan berkaitan pemantauan dan penyelarasan Program Latihan ICT Desa | • Komuniti di wilayah KEJORA • Pengurus MID |
| 3. | Pengurusan berkaitan perancangan dan pembangunan system | • Semua Bahagian |
| 4. | Pengurusan berkaitan rangkaian dan keselamatan ICT di KEJORA | • Semua Bahagian |
| 5. | Pengurusan berkaitan operasi ICT dan bantuan teknikal | • Semua Bahagian |