A. OBJEKTIF
Membantu menjadinyatakan wawasan untuk memajukan kawasan Johor Tenggara menerusi aktiviti Perancangan, Pelarasan, Pelaporan, Pemantauan serta Penilaian ke atas pelaksanaan program-program dan aktiviti-aktiviti pembangunan fizikal dan sosial. Penumpuan diberikan kepada Bandar-bandar baru, pusat-pusat penempatan dan kampung-kampung tradisional yang melibatkan penyediaan prasarana, kemudahan-kemudahan awam dan sosial, pembangunan ekonomi, pembangunan sosial, dan institusi serta usaha-usaha untuk merapatkan jurang digital antara penduduk luar Bandar dengan bandar.
B. FUNGSI
- Merancang dan menggubal dasar-dasar, strategi dan pendekatan pembangunan di kawasan Johor Tenggara.
- Merancang dan menyelaras program-program pembangunan yang dilaksanakan di kawasan Johor Tenggara
- Menyelaras pelaksanaan projek-projek dan program-program pembangunan khususnya bagi perancangan peruntukan di bawah program lima tahun agensi.
- Menjadi urus setia penyediaan dan pelaksana Petunjuk Prestasi Utama KEJORA
- Menjadi urus setia kepada program-program kajian KEJORA.
- Mengumpul dan menguruskan maklumat dan data-data asas mengenai kependudukan dan projek-projek pembangunan bagi kegunaan perancangan, pelaporan dan penilaian.
- Menyediakan laporan tahunan, laporan-laporan lain secara berkala dan nota-nota taklimat bagi kegunaan dan rujukan pihak-pihak berkepentingan.
- Memantau pelaksanaan projek-projek pembangunan yang dilaksanakan berdasarkan kepada pelbagai sumber peruntukan.
- Melaksanakan kajian penilaian outcome dan impak program/projek pembangunan KEJORA.
C. AKTIVITI UTAMA
Aktiviti Utama Bahagian Perancangan Strategik
| Bil | Aktiviti Utama | Pihak Lain Yang Terlibat | Sistem Semasa |
| 1. | Merancang dan menggubal dasar-dasar, strategi dan pendekatan pembangunan | • Masyarakat Setempat • Agensi Kerajaan • Agensi Swasta | • Tiada |
| 2. | Merancang dan menyelaras program-program pembangunan | • Agensi Pelancongan • Agensi Kerajaan • Agensi Swasta | • Tiada |
| 3. | Menyelaras pelaksanaan projek-projek dan program pembangunan | • Masyarakat Setempat • Agensi Kerajaan | • Tiada |
| 4. | Mengumpul dan mengurus data-data mengenai kependudukan dan projek pembangunan | • Masyarakat Setempat • Agensi Kerajaan | • Tiada • (*akan menggunakan Sistem Pangkalan Data Wilayah KEJORA) |
| 5. | Memantau pelaksanaan projek-projek pembangunan | • Agensi Kerajaan | • SPP II |
| 6. | Memantau pencapaian KPI KEJORA | • Semua Bahagian | • Tiada |
D. PRODUK DAN PERKHIDMATAN
Produk dan Perkhidmatan Bahagian Perancangan Strategik
| Bil | Produk/Perkhidmatan | Kumpulan Sasar |
| 1. | Penggubalan dasar dan strategi pembangunan | • Stakeholder KEJORA • Pelanggan KEJORA |
| 2. | Penyelarasan program-program pembangunan |
| 3. | Pengurusan maklumat dan data-data mengenai kependudukan dan projek pembangunan |
| 4. | Penyediaan laporan tahunan dan laporan lain secara berkala untuk rujukan pihak-pihak berkepentingan |
| 5. | Pemantauan pelaksanaan projek-projek pembangunan | • Pelanggan KEJORA • Pengurusan KEJORA • Stakeholder KEJORA |
| 6. | Pemantauan pencapaian dan pelaksanaan KPI KEJORA | • Pengurusan KEJORA • Semua Bahagian • Stakeholder KEJORA |
| 7. | Kajian penilaian outcome dan impak program/projek pembangunan KEJORA |