Bahasa Melayu | English | Bahasa Lain
Bahagian Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa

A. OBJEKTIF
Merancang dan menyelaras pembangunan di wilayah KEJORA dengan penumpuan kepada bandar baru, pusat-pusat penempatan dan kampung-kampung tradisional dari segi penyediaan Kemudahan-kemudahan Awam dan Sosial (KAS), pembangunan ekonomi dan program Pembangunan Sosial  dan Institusi (PSI) dan membangunkan masyarakat termiskin serta pelaksanaan Program Gerakan Daya Wawasan (GDayaW).

B. FUNGSI

Antara fungsi Bahagian Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa adalah:

  1. Meneruskan dan meningkatkan projek-projek, kemudahan awam dan sosial, serta pembangunan ekonomi di kampung-kampung GDW Wilayah KEJORA.
  2. Melaksanakan program-program pembangunan insan dan program ICT desa bagi mengurangkan jurang digital.
  3. Membantu projek-projek GDW dengan penyediaan Profail Kampung dan pelan Tindakan Desa.
  4. Meningkatkan kemudahan awam dan sosial di kampung tradisional dan pembangunan perumahan tersusun.
  5. Melaksanakan program pembasmian golongan miskin tegar di Wilayah KEJORA melalui bantuan SPKR di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

C. AKTIVITI UTAMA

Aktiviti Utama Bahagian Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa

BilAktiviti UtamaPihak Lain Yang TerlibatSistem Semasa
1.Merancang, merangka dan melaksanakan program-program pembangunan kemanusiaan• Komuniti Tempatan• Tiada
2.Merancang, merangka dan melaksanakan program-program pembangunan dan kecemerlangan institusi• Komuniti Tempatan
• Institusi Kemahiran
• Tiada
3.Menjadi urus setia kepada program pembangunan luar bandar• Komuniti Tempatan
• JKKMB
• JKPT
• Tiada
4.Menyelaras dan mengemas kini maklumat sosial dan pembangunan luar bandar• Komuniti Tempatan
• KKLW
• eKasih (peringkat KKLW)
5.Menyelaras dan melaksana program-program peningkatan ekonomi penduduk luar bandar.• Komuniti Tempatan
• KKLW
• Tiada

 

D. PRODUK DAN PERKHIDMATAN

Produk dan Perkhidmatan Bahagian Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa

BilProduk/PerkhidmatanKumpulan Sasar
1.Pembangunan projek-projek, kemudahan awam dan sosial serta pembangunan ekonomi di Bandar-Bandar Baru dan kampung tradisional di wilayah KEJORA• Komuniti di wilayah KEJORA
• Kontraktor
2.Pelaksanaan program-program pembangunan insan serta sosial• Komuniti di wilayah KEJORA
• Kontraktor
3.Pelaksanaan usaha pembasmian golongan miskin tegar di wilayah KEJORA• Golongan Miskin Tegar
4.Membantu projek GDW• Komuniti di wilayah KEJORA

 

 


Saiz Teks :
Kecilkan Teks Set Semula Teks Besarkan Teks
| Warna Teks :
Tema Asal Tema Perang Tema Biru Tema Hitam
| Latar Belakang :
Latarbelakang 1 Latarbelakang 2 Latarbelakang 3
| Pengguna Kurang Upaya :
Capaian Pengguna Kurang Upaya