
Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE,JPM) dengan kerjasama pihak SKALI telah menganjurkan Program Inovasi, Pemantapan Laman Web/Portal dan Anugerah Prestasi Cemerlang MGPWA 2011 pada 12-13 Disember 2011 bertempat di Hotel Equatorial, Melaka.
Program yang dianjurkan ini adalah bagi memberi pengiktirafan kepada Agensi Pengguna yang telah mencapai 5 Bintang di samping menyediakan platform bagi membincangkan perancangan dan hala tuju Projek Managed Portal Services (MPS) dalam usaha untuk memantap dan memperkasakan lagi laman web/portal sebagai persediaan bagi penilaian MGPWA 2012.
Sebanyak 146 laman web/portal di bawah projek MPS telah mencapai 5 Bintang melalui keputusan rasmi Malaysia Government Portals and Websites Assessment (MGPWA) 2011 oleh Multimedia Development Corporation (MDeC). Keputusan ini telah menunjukkan peningkatan peratusan 5 Bintang iaitu 108.57% bagi laman web/portal di bawah projek MPS dan 182.18% bagi laman web/portal kerajaan secara keseluruhan.