16 Disember 2011, Jumaat - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) telah mengadakan Sambutan Hari Inovasi bertempat di Menara MARA, Kuala Lumpur. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato’ Ibrahim b. Muhamad, Ketua Setiausaha KKLW.
Bersempena majlis tersebut, pihak Kementerian turut menganjurkan pameran dengan memberi peluang kepada agensi-agensinya di bawahnya mempamerkan produk/hasil inovasi masing-masing. Pihak KEJORA tidak melepaskan peluang dengan memaparkan hasil inovasi iaitu “Content Management System (CMS)”.
Selain itu, pihak KEJORA turut terlibat secara langsung dalam pameran Laporan Kajian Outcome dan Impak menerusi Program Pembangunan Kawasan Perindustrian Fasa 1 dan Fasa 2 Bandar Tenggara, Kulai, Johor dan telah dianugerahkan sebabagi Laporan Kajian Outcome dan Impak Terbaik Tahun 2011.