Bahasa Melayu | English | Bahasa Lain
Medan Infodesa

Medan Infodesa (MID) merupakan satu pusat atau telecenter yang dilengkapi prasarana teknologi maklumat komunikasi (ICT) dibina di kawasan luar bandar. Pembinaan MID ini membolehkan warga desa mendapatkan kemudahan ICT di kawasan masing-masing. MID berfungsi sebagai pusat latihan untuk menyediakan latihan asas dan kemahiran ICT kepada masyarakat desa.

Objektif MID
Objektif MID adalah :
1. Menggalakkan penghayatan budaya ilmu di kalangan masyarakat desa setempat menerusi perantara ICT;
2. Mengurangkan jurang digital antara masyarakat desa dengan masyarakat perdana (Mainstream Society);
3. Menjadikan MID sebagai pusat latihan setempat;
4. Menjadikan MID sebagai pemangkin pemilikan komputer peribadi;
5. Menjadikan MID sebagai pencetus pewujudan aktiviti keusahawanan ICT Desa dari segi kepakaran pembaikan/penyelesaian masalah berkaitan dengan perkakasan serta pembangunan kandungan (content development) dan perisian;
6. Membina rangkaian pangkalan maklumat desa yang akan membantu mengemas kini data yang diperlukan oleh pengurusan seperti profil maklumat kampung, maklumat warga dan pengurusan kampung;
7. Membangunkan e-komuniti di kalangan masyarakat desa;dan
8. Menyumbang ke arah pembangunan e-Kerajaan.

Perlaksanaan MID
Keseluruhan pembinaan MID yang dibina di kawasan Wilayah KEJORA sehingga tahun 2009 adalah sebanyak 6 buah seperti berikut: :

Bil. Kategori MID Bilangan MID
1 Daerah 1
2 Mukim 5
Jumlah 6

 

Senarai MID KEJORA

1. Pautan MID Kg. Mawai Baru : http://midenam.wordpress.com/ 4. Pautan MID Kg. Contoh link : http://middua.wordpress.com/
2. Pautan MID Kg. Sri Gading : http://midsatu.wordpress.com/ 5. Pautan MID Kg. Bukit Raja link : http://midbktraja.wordpress.com/
3. Pautan MID Kg. Paya : http://midkp.wordpress.com/ 6. Pautan MID Kg. Sungai Kapal : http://midsgkapal.wordpress.com/

Halaman: 1  2  

 


Saiz Teks :
Kecilkan Teks Set Semula Teks Besarkan Teks
| Warna Teks :
Tema Asal Tema Perang Tema Biru Tema Hitam
| Latar Belakang :
Latarbelakang 1 Latarbelakang 2 Latarbelakang 3
| Pengguna Kurang Upaya :
Capaian Pengguna Kurang Upaya