Salah satu fungsi utama KEJORA adalah menjalankan program pembangunan bandar-bandar baru di wilayahnya. Program yang dijalankan termasuk membiayai projek-projek infra dan kemudahan asas di bandar-bandar baru yang dibangunkan supaya lengkap dan teratur. Sehingga akhir tahun 2002 KEJORA telah dapat membangunkan 6 buah bandar iaitu :
Nama Bandar | Penduduk (Orang) | Keluasan (ekar) |
| Bandar Penawar | 6,910 | 2,784 |
| Bandar Tenggara | 10,032 | 2,668 |
| Bandar Mas | 1,695 | 368 |
| Bandar Petri Jaya | 739 | 257.5 |
| Bandar Sri Perani | 378 | 77.1 |
| Bandar Taman Sri Lambak | 6,660 | 760.3 |
| JUMLAH | 26,414 | 6,155 |
Selain daripada membangunkan kemudahan asas, komponen pembangunan yang lain juga diwujudkan di bandar-bandar baru tersebut seperti;
Perumahan (pembinaan rumah-rumah kos rendah, kos sederhana rendah, kos sederhana dan juga rumah pangsa)
Ruangniaga (termasuk rumah/bangunan kedai, gerai, pasar dan bengkel)
Kemudahan Awam & Sosial (kompleks sukan, padang awam, dewan, balairaya, perpustakaan, perhentian bas/teksi, masjid/surau)
Pengindahan Bandar Dan Petempatan (lanskap dan taman)