Bahasa Melayu | English | Bahasa Lain
penganugerahan

PENGANUGERAHAN SIJIL MS ISO 9001:2008
LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA

 

Persetujuan bagi melaksanakan MS ISO 9001:2000 di KEJORA telah diputuskan pada Mei 2003. Berdasarkan "Garis Panduan Bagi Melaksanakan MS ISO 9001:2000 dalam Perkhidmatan Awam" yang telah dikeluarkan oleh kerajaan pada 11 Julai 1996, pelaksanaan MS ISO 9001:2000 di KEJORA telah melepasi tahap pelaksanaan. Pelantikan pasukan petugas yang dilakukan terdiri daripada 3 kumpulan iaitu 2 kumpulan dari Bahagian Kerajaan Tempatan dan 1 kumpulan dari Bahagian Perancang Bandar & Pembangunan Projek.

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) telah mendapat persijilan MS ISO 9001:2000 yang pertama pada 8 Oktober 2004 dan telah memperbaharui persijilan tersebut dengan kerjasama SIRIM QAS International Sdn. Bhd. sehingga 7 Oktober 2013. Nombor Persijilan: AR 3401.

Pada 15 November 2008, standard terkini ISO 9001:2008 telah diisytihar keluarannya menggantikan ISO 9001:2000. Tiada sijil versi 2000 akan dikeluarkan selepas tarikh 15 November 2009 dan tarikh akhir sah laku sijil ISO 9001:2000 adalah 15 November 2010. Oleh yang demikian, setiap organisasi yang telah mendapat persijilan ISO 9001:2000 perlu melaksanakan peralihan kepada standard terkini ISO 9001:2008 sebelum 11 November 2010 untuk mengekalkan standard sedia ada dan kekal relevan.

Sukacita dimaklumkan, berkuatkuasa 1 Disember 2009, KEJORA berjaya beralih kepada versi baru MS ISO 9001:2008 Sistem Pengurusan Kualiti untuk kekal relevan.

Sehubungan dengan itu satu keputusan telah pun dibuat dengan menetapkan bahawa semua prosedur termasuk Manual Kualiti diberi nombor keluaran baru.  Dimana, nombor keluaran baru adalah 04, nombor pindaan 00.  Sementara untuk rekod-rekod pelaksanaan yang terdapat pindaan sahaja dipinda dengan nombor pindaan 06.  Kesemua dokumen tersebut akan berkuatkuasa pada 1 Disember 2009 (Selasa). Pindaan ini melibatkan keseluruhan dokumen Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 KEJORA.

Dokumen Kualiti akan diedarkan secara ’softcopy’ kepada semua Pemegang Dokumen Terkawal. Dokumen asal disimpan dalam bentuk ’hardcopy’ oleh Pegawai Dokumen. Mana-mana dokumen yang dicetak dari ’softcopy’ adalah dianggap dokumen tidak terkawal dan tidak akan terlibat dalam sebarang pindaan untuk dikemaskini .

Halaman: 1  2  

 


Saiz Teks & Warna Teks :
Kecilkan Teks Besarkan Teks Set_Semula Teks Merah Teks Biru Teks Hijau
| Latar Belakang :
| Teks Suara :
Teks Suara