PERLEMBAGAAN
JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN MASYARAKAT
BANDAR-BANDAR KEJORA
PINDAAN 2009
MATLAMAT DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN
MASYARAKAT BANDAR-BANDAR BARU KEJORA
1.0 | | MATLAMAT |
| | | Matlamat dan tanggungjawab Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Masyarakat Bandar-Bandar Baru KEJORA ialah sebagaimana berikut: |
| | | |
| | | 1.1 | | Menggalakkan penyertaan ahli-ahli dalam satu sistem pentadbiran berbentuk demokrasi dan permuafakatan terutamanya di dalam menyelesaikan masalah kemasyarakatan yang timbul di bandar-bandar. |
| | | | | |
| | | 1.2 | | Merapatkan perhubungan dan kerjasama di antara penduduk, majikan-majikan, pengurusan KEJORA dan agensi-agensi kerajaan yang ditempatkan di bandar-bandar tersebut. |
| | | | | |
| | | 1.3 | | Menyediakan saluran kepada penduduk untuk mengemukakan masalah, pandangan, atau mengemukakan permohonan bagi melaksanakan sesuatu kegiatan bagi kepentingan penduduk. |
| | | | | |
| | | 1.4 | | Menyediakan satu badan induk untuk mengawasi, membimbing dan membantu biro-biro, pertubuhan-pertubuhan sukarela dan jawatankuasa-jawatankuasa lain di bandar-bandar tersebut dalam menjalankan kegiatan mereka. |
| | | | | |
| | | 1.5 | | Melaksanakan aktiviti ekonomi untuk mendapatkan hasil bagi membiayai program-program yang dilaksanakan. |