Ladang Fertigasi merupakan satu projek pertanian teknologi tinggi yang akan mula dilaksanakan di Wilayah KEJORA pada tahun 2012. Projek ini bertujuan untuk mengeluarkan hasil-hasil pertanian yang bernilai tinggi (high value crop) disamping dapat menambah peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan penduduk luar Bandar.
Pada peringkat awal projek ini akan dibangunkan dengan kerjasama IRIS Agrotech Sdn. Bhd. dimana pihak IRIS Agrotech Sdn. Bhd. bertanggungjawab dalam menyediakan teknologi penanaman, pengurusan lading dan pemasaran hasil-hasil fertigasi.
 |
 |
| Tapak Projek di KTC Sungai Chemaran II |
Kedudukan KTC Sg. Chemaran II di Wilayah KEJORA |
 |
 |
| Produk yang akan dihasilkan dari Ladang Fertigasi (Golden Melon) |
Produk Ladang Fertigasi (Rock Melon) |