Pembangunan pertanian di Wilayah KEJORA berpandukan kepada dasar-dasar semasa kerajaan khususnya Dasar Pertanian Negara. Matlamat pembangunan pertanian KEJORA adalah untuk membangunkan kawasan seluas 101,091 hektar yang didapati sesuai untuk aktiviti-aktiviti pertanian sebagaimana perakuan Pelan Induk KEJORA, 1972.
Pengurniaan tanah untuk pembangunan pertanian telah melebihi matlamat Pelan Induk. Sehingga kini seluas 118,944 hektar tanah telah diusahakan dengan pelbagai jenis tanaman oleh pihak swasta dan agensi awam seperti FELDA, RISDA, FELCRA, PORIM, MARDI, LGM, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan KEJORA sendiri.
Antara aktiviti-aktiviti dan projek-projek pertanian yang dijalankan di Wilayah KEJORA adalah:
1. Tanaman Kelapa sawit;
2. Tanaman Getah;
3. Tanaman campuran;
4. Akuakultur;
5. Ternakan Haiwan;
6. Penyelidikan dan lain-lain.
 |
 |
| Tanaman Kelapa sawit Oleh Agensi FELDA |
Ladang Kelapa Sawit Yang Dibangunkan Oleh Pihak Swasta |