profil agensi profil agensi

Latar Belakang
 
KEJORA adalah salah sebuah agensi badan berkanun di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW) yang berfungsi sebagai agen Pembanguunan Wilayah bagi kawasan Tenggara Negeri Johor. Pembahagian wilayah meliputi 16% kawasan Negeri Johor dengan jumlah keluasan 300,111 hektar. Ianya terbahagi kepada 2 wilayah kecil iaitu Johor Tengah (149,009 hektar) dan Pengerang (151,356 hektar). Terletak di dua daerah iaitu Kota Tinggi (75%) dan Kluang (25%).
 
Penubuhan

       
  1.   Ditubuhkan pada 1 Jun 1972 di bawah Akta Parlimen 75
       
  2.   Akta Lembaga Kemajuan Johor Tenggara
       
  3.   Enakmen Bil. 7/1972 Enakmen Kejora
       
  4.   Enakmen Lembaga Kemajuan Johor Tenggara 1972

 
Objektif

       
  1.   Mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi
       
  2.   Mewujudkan peluang-peluang pekerjaan
       
  3.   Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi

 
Peranan

       
  1.   Memaju dan menggalakkan ekonomi dan sosial
       
  2.   Membantu dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial
       
  3.   Pembangunan tempat tinggal
       
  4.   Pembangunan pertanian
       
  5.   Pembangunan perusahaan
       
  6.   Pembangunan perdagangan
       
  7.   Mengawal dan menyelaras perlaksanaan aktiviti ekonomi dan sosial

Laman Web Peribadi Dato' Sri Najib Razak Portal Rasmi Kerajaan Malaysia Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Jobs Malaysia
Koridor Raya Multimedia Institut Integriti Malaysia Portal Rasmi Kerajaan Negeri Johor Darul Ta'zim MyID Unit Perancang Ekonomi MyIdeas Ketua Setiausaha Kerajaan Malaysia