Bahasa Melayu | English | Bahasa Lain
Program Infodesa

Program Infodesa (PID) merupakan satu program yang dilaksanakan bagi menjayakan Agenda IT Negara iaitu masyarakat bermaklumat dan berpengetahuan menjelang 2020. Program ini adalah salah satu dari projek Pengupayaan Komuniti dan Infodesa di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Program ini diharapkan dapat mengurangkan jurang digital yang wujud antara masyarakat Bandar dan Luar Bandar. Antara objektif Program Infodesa adalah seperti berikut:

1. Menggalakkan penghayatan budaya ilmu di kalangan masyarakat desa menerusi perantaraan ICT.
2. Perluasan interaksi komuniti menerusi ICT.
3. Menjadikan Medan Infodesa (MID) sebagai pusat latihan ICT setempat.
4. Menjadikan MID sebagai pemangkin pemilikan komputer peribadi (PC).
5. Mewujudkan aktiviti keusahawanan.

 


Saiz Teks :
Kecilkan Teks Set Semula Teks Besarkan Teks
| Warna Teks :
Tema Asal Tema Perang Tema Biru Tema Hitam
| Latar Belakang :
Latarbelakang 1 Latarbelakang 2 Latarbelakang 3
| Pengguna Kurang Upaya :
Capaian Pengguna Kurang Upaya