Sempena KEJORA menjadi tuan rumah Kejohanan Sukan MAKSPEN Kali Ke-XII, dengan ini dipelawa semua warga kerja KEJORA untuk menyertai pertandingan mencipta logo MAKSPEN.
Syarat-syarat penyertaan
1. Terbuka kepada warga KEJORA sahaja;
2. Penerangan ringkas berkenaan logo dan nama tersebut mestilah disertakan;
3. Logo hendaklah asli dan tidak pernah digunakan oleh mana-mana pihak;
4. Warna logo melambangkan ciri-ciri warna kebangsaan;
5. Hadiah pertandingan adalah RM250.00 bagi pemenang pertama sahaja;
6. Keputusan panel pemilihan adalah muktamad;
7. Tarikh tutup adalah pada 28 FEBRUARI 2012; dan
8. Setiap penyertaan perlu menggunakan borang pertandingan yang disediakan dan dihantar kepada Pengerusi Kelab Anggota KEJORA.
Borang Penyertaan Disini..