PENGENALAN
Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) akan menganjurkan Anugerah Kualiti dan Inovasi KEJORA bagi tahun 2011. Penganjuran anugerah ini merupakan salah satu program/aktiviti di bawah urusan pembudayaan dan peningkatan ‘kualiti dan produktiviti’ jabatan. Bagi tahun ini, sebanyak lima (5) kategori baru dipertandingkan seperti berikut:-
| a) | Anugerah Pengurusan Aset |
| b) | Anugerah Pengurusan Keselamatan |
| c) | Anugerah Penilaian Pengurusan Inovasi |
| d) | Anugerah Pengurusan Khidmat Pelanggan |
| e) | Anugerah Pengurusan Rekod |
Hadiah menarik ditawarkan bagi setiap kategori sepertimana berikut:-
| A. | Pemenang setiap kategori anugerah | - RM 750.00 |
| | Setiap bahagian akan diberikan hadiah penyertaan & komitmen | - RM 500.00 |
| | | |
| | * Tiada pemenang tempat kedua dan ketiga | |
| | | |
| B. | Anugerah Penilaian Pengurusan Inovasi ( Kumpulan / Individu ) :- |
| | Johan | : RM 750.00 |
| | Naib Johan | : RM 500.00 |
| | Ketiga | : RM 250.00 |
| | | |
| | Hadiah komitmen dan penyertaan | - RM 100.00 |
Urusetia penganjur telah menyediakan Garis Panduan Anugerah Kualiti dan Inovasi KEJORA Tahun 2011 yang boleh dimuat turun melalui Laman Web KEJORA.