PELAWAAN PERMOHONAN SKIM BANTUAN PERTANIAN KELOMPOK (SBPK) TAHUN 2023

MAKLUMAT AM
1.1  Program Skim Bantuan Pertanian Kelompok (SBPK) merupakan program baru yang dianjurkan oleh Bahagian Pertanian dan
Industri Asas Tani, KEJORA untuk memberi peluang kepada kelompok komuniti dalam wilayah KEJORA bagi melaksanakan
projek pertanian.
1.2 Objektif pelaksanaan Skim Bantuan Pertanian Kelompok (SBPK) ini adalah sepertimana berikut:
i.   Membantu pengusaha pertanian berkelompok yang berpotensi dan berdaya maju untuk mengembangkan lagi projek
pertanian yang sedang diusahakan.
ii.   Membantu pengusaha pertanian berkelompok yang berpotensi dan berdaya maju untuk mengurangkan kos peralatan
dan input pertanian serta kos pengoperasian yang semakin meningkat.
iii. Meningkatkan pendapatan pengusaha pertanian berkelompok melalui peningkatan produktiviti pengeluaran,
penggunaan teknologi dan inovasi serta pasaran yang kompetitif.
1.3 Pelaksanaan program ini juga boleh melahirkan usahawan pertanian contoh di wilayah KEJORA serta seiring dengan
matlamat kerajaan untuk menggalakkan bidang keusahawanan kepada pengusaha-pengusaha pertanian.

PERMOHONAN
2.1 Permohonan adalah perlu dikemukakan melalui Borang Permohonan yang boleh diperolehi secara percuma melalui kaedah berikut:
i. Memuat turun di laman web KEJORA : www.kejora.gov.my,
atau;
ii. Mengisi borang permohonan secara atas talian melalui google form iaitu:
https://forms.gle/SywNBcTzRfdR6FMBA , atau;
iii. Mendapatkan borang permohonan di ibu pejabat KEJORA sepertimana alamat berikut:

                                                 LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA,
                                                         BANGUNAN IBUPEJABAT KEJORA,
                                                         JALAN DATO’ HJ. HASSAN YUNUS,
                                                                 81930 BANDAR PENAWAR,
                                                                                      JOHOR.

2.2 Permohonan yang lengkap perlulah dikembalikan kepada alamat diatas atau emelkan ke kejora@kejora.gov.my.
2.3 Tarikh tutup permohonan adalah pada 23 FEBRUARI 2023 (KHAMIS) sebelum jam 5.00 petang. Borang yang diterima selepas
daripada tempoh tersebut tidak akan diterima dan diproses.
2.4 Sekiranya tiada sebarang jawapan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh iklan ditutup, maka permohonan tuan/puan adalah dianggap
2.5 Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani, KEJORA
di talian 07-8843000 atau 07-8843156.
2.6 Untuk maklumat lanjut dan syarat-syarat permohonan adalah seperti lampiran berikut:

IKLAN SBPK 2023 Borang Permohonan SKIM BANTUAN PERTANIAN KELOMPOK (SBPK) 2023