BENGKEL DASAR PERTANIAN LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (KEJORA)

Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani KEJORA telah menganjurkan BENGKEL DASAR PERTANIAN KEJORA pada 16 Disember 2021 bertempat di Bayu Balau Beach Resort, Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor.
Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) iaitu En Daud Bin Abd Rahman. Seramai 40 orang Pegawai yang hadir terdiri daripada Pengurusan KEJORA dan juga wakil agensi-agensi di sekitar Johor iaitu Pejabat Tanah dan Galian Johor (PTG), Jabatan Pertanian Kota Tinggi (DOA), Jabatan Perkhidmatan Verterinar Johor (JPV), Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ), MARDI Johor dan Biodesaru Bhd.
Tujuan pelaksanaan bengkel ini adalah untuk menambahbaik dan mengemaskini dasar pertanian KEJORA yang sedia ada agar ianya seiring dengan perkembangan pembangunan pertanian serta dasar-dasar Kerajaan yang digunapakai pada masa kini agar pembangunan pertanian di wilayah KEJORA terus berkembang dan memberi manfaat kepada lebih ramai golongan sasar.