BENGKEL PENGURUSAN PRESTASI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL SERTA KUMPULAN PELAKSANA (MyPerformance)

1 – 2 MAC 2023 (RABU – KHAMIS)
Bengkel Pengurusan Prestasi Kumpulan Pengurusan dan Profesional Serta Kumpulan Pelaksana (MyPerformance) telah diadakan pada 1-2 Mac 2023, bertempat di Dewan KEJORA. Taklimat telah disampaikan oleh Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Pentadbiran Sumber Manusia KKDW, Encik Muhammad Zuhaili bin Rosli, Penolong Setiausaha, Encik Mohamed Harriz bin Razali serta Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, Encik Azrali bin Aris dari Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
Bengkel tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Puan Marlina binti Amir, Pengurus Bahagian/ Ketua Unit serta melibatkan lebih kurang 53 orang anggota KEJORA. MyPerformance akan menggantikan sistem penilaian prestasi iaitu Modul Pengurusan Prestasi – LNPT HRMIS dan bengkel ini dilaksanakan oleh Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia sebagai inisiatif awal sebelum penggunaan MyPerformance sepenuhnya di KEJORA mulai 1 Januari 2024.
Di dalam ucapan aluan oleh Puan Marlina binti Amir, beliau menyatakan bahawa sistem MyPerformance ini akan memberikan nilai tambah kepada semua anggota dalam usaha mewujudkan persekitaran kerja yang dinamik serta sifat integriti yang tinggi di kalangan anggota KEJORA.
Tahniah kepada semua yang terlibat di dalam bengkel ini.
“Jika anda belum bersedia untuk menerima kritikan, maka anda belum bersedia untuk menerima pujian”.
#PenerajuTerasKemakmuran