Aktiviti akuakultur di Wilayah KEJORA adalah dipergiatkan sejak tahun 1984 apabila KEJORA telah melantik Universiti Pertanian Malaysia telah membuat kajian awal kesesuaian air untuk perusahaan akuakultur jenis air masin dan air payau untuk pelbagai ternakan seperti udang harimau, udang putih, ikan siakap, ikan kerapu dan juga pusat penetasan. Sehubungan itu tanah yang dikurniakan oleh Kerajaan Negeri kepada KEJORA telah dipajak kecil kepada pengusaha yang telah diluluskan di sepanjang Sungai Lebam dan Sungai Buah Besar, Kota Tinggi, Johor.

Status
Bil Pengusaha
Masih Beroperasi
15
Belum Beroperasi
0

Tukar aktiviti kepada ” Aquatourism “

1

Berhenti operasi

1

Kawasan ditarik balik kelulusan

2
Jumlah
19

Sehingga akhir tahun 2012, KEJORA telah memajakkan kawasan yang diluluskan kepada 19 pengusaha akuakultur dengan jumlah keluasan sebanyak 727.40 hektar dengan nilai pelaburan mencapai RM 150 juta dan memberikan sumbangan pasaran benih udang sebanyak 30 peratus untuk pasaran dalam negeri dan 5 peratus untuk pasaran dalam negara. Pada peringkat awal kegiatan utama pengusaha ialah menternak udang putih. Spesis ini dipilih kerana mempunyai permintaan dan harga yang tinggi di pasaran. Namun begitu, kebanyakan pengusaha telah mengubah kepada aktiviti penternakan ikan kerana masalah penularan penyakit Early Mortality Stage (EMS) pada benih udang putih di seluruh negara.

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Tinggalkan Balasan