header-inner-1
LAYER-HEADER-INNNERLAYER-HEADER-INNNER
header-inner-3
header-inner-4
header-inner-5
header-inner-6
header-inner-7
DEWAN TERBUKA KAMPUNG JOHOR LAMA SIAP DINAIKTARAF UNTUK KESELESAAN PENDUDUK
Dewan Terbuka Kampung Johor Lama kini berwajah baru setelah kerja-kerja membaikpulih dan menaiktaraf bangunan siap sepenuhnya. Kerja-kerja utama yang terlibat adalah meliputi kerja-kerja pembaikan bumbung dan lantai, tandas, sistem elektrikal dan perpaipan serta mengecat.
Inisiatif ini dilaksanakan sebagai komitmen KEJORA bersama KKDW dalam meningkatkan kesejahteraan di kawasan desa melalui penyediaan kemudahan yang selesa dan selamat kepada penduduk dalam melaksanakan aktiviti bersama komuniti.
Penyerahan projek kepada Pengerusi JPKK Kampung Johor Lama, Encik Mohd Noor bin Atan telah disempurnakan oleh Encik Mohd Hanafi bin Jantan, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) selaku wakil rasmi Pengurus Besar KEJORA.
Semoga kemudahan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya serta merancakkan lagi aktiviti kemasyarakatan dan mengeratkan silaturrahim sesama penduduk.