LKJT/UT/KG TUAN SEH/F/2020/K35
CADANGAN KERJA-KERJA MEMBINA DAN MENYIAPKAN SEBUAH PUSAT PENGUMPULAN DAN PENGHASILAN PRODUK KRAFTANGAN BERASASKAN MENGKUANG DI SEBAHAGIAN PTD 2730 SELUAS 1.50 EKAR, KAWASAN PERTANIAN KG TUAN SEH, MUKIM SEDILI BESAR, DAERAH KOTA TINGGI, JOHOR DARUL TA’ZIM
- Pautan sidang video (VC) adalah sepertimana di bawah: https://lembagakemajuanjohortenggara.my.webex.com/lembagakemajuanjohortenggara.my/j.php?MTID=mf04a72d962772cc6756e8c1461b26e7f
Monday, Jan 10, 2022 10:00 am | 6 hours | (UTC+08:00) Kuala Lumpur, Singapore
Meeting number: 2643 229 5804
Password: 123456# (1234560 from phones and video systems)
- Naskah Meja Tawaran akan dipamerkan mulai 10 JANUARI 2022 hingga 31 JANUARI 2022, semasa waktu pejabat di Unit Teknikal, Ibu Pejabat KEJORA, Jalan Dato’ Hj. Hassan Yunus, Bandar Penawar, 81930 Kota Tinggi, Johor Darul Takzim.
- Dokumen tender akan dijual mulai 10 JANUARI 2022, di KAUNTER KEWANGAN Ibu Pejabat KEJORA sehingga 24 JANUARI 2022. Kontraktor dikehendaki membawa sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang masih sah sehingga tarikh tutup tender. Satu salinan sijil-sijil tersebut juga mesti dibawa semasa membeli dokumen tender.
- Pembelian dokumen melalui FPX Online banking (senangpay) yang boleh diakses melalui laman web Lembaga Kemajuan Johor Tenggara. Pembelian dokumen juga boleh menggunakan Kad Debit/Kad Kredit/Wang Kiriman Pos/Wang Pos/Bank Draft berharga seperti yang dinyatakan dalam Jadual di atas. Sekiranya pembelian dibuat dengan menggunakan Wang Kiriman Pos/Wang Pos/Bank Draft, bayaran hendaklah dibuat atas nama Lembaga Kemajuan Johor Tenggara sebagai Bayaran Dokumen Tender dan bayaran ini tidak dikembalikan.
- LAWATAN TAPAK DAN SESI TAKLIMAT TIDAK DIWAJIBKAN. (RUJ: PEKELILING PERBENDAHARAAN MALAYSIA PK2.2/2021-KAEDAH PELAKSANAAN PEROLEHAN/PROJEK KERAJAAN TAHUN 2021 berkuatkuasa 21 April 2021 sehingga 31 Disember 2021).
- Sekiranya pihak petender/kontraktor ingin melawat sendiri kawasan atau tapak yang berkenaan, SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti penjarakan sosial, penggunaan ‘hand sanitizer’ dan pemakaian pelitup muka adalah DIWAJIBKAN.
- Tender ini akan ditutup pada 31 JANUARI 2022. Dokumen Tender hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermeterai serta dilabelkan seperti tajuk kerja di atas dan dimasukkan ke dalam Peti Tender di Bahagian Kewangan, Bangunan Ibu Pejabat KEJORA, Jalan Dato’ Hj. Hassan Yunus, Bandar Penawar, 81930 Kota Tinggi, Johor pada hari tersebut sebelum jam 12.00 tengahari.