Unit Pelaburan

Latar Belakang

Unit Pelaburan telah diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bertarikh 1 Mac 2017 dan ditubuhkan secara rasminya di KEJORA pada 2 Julai 2017

Objektif

  • Merancang cadangan pelaburan berbentuk komersial setelah dikenalpasti dari Bahagian Perancangan Strategik KEJORA.
  • Meneliti dan menilai cadangan pelaburan dalam bentuk hartanah dan kewangan terutama dari aspek pulangan pelaburan/Return On Investment (ROI) kepada KEJORA.
  • Memantau pelaksanaan projek komersial/ usahasama KEJORA mengikut ketetapan dalam perancangan/perjanjian yang telah dipersetujui/ditandatangan.
  • Mengkaji cadangan pelaburan KEJORA termasuk kajian kebolehterusan/ke arah hala tuju membiayai diri agensi.

Fungsi Utama

TADBIR URUS KORPORAT/KHIDMAT PENGURUSAN

  • Penyediaan dan pematuhan dasar/polisi pelaburan kejora
  • Meneliti dan menilai cadangan pelaburan dalam bentuk hartanah dan kewangan bagi projek-projek komersial dan usahasama terutama dari aspek Pulangan Pelaburan / Return On Investment (ROI) kepada KEJORA.
  • Menyelaras dan memantau aktiviti dan prestasi anak syarikat dan subsidairi termasuk prestasi projek/kewangan, penyaluran dana dan pusat rujukan bagi hal-hal pelaburan anak syarikat.
  • Memantau dan memastikan aliran tunai bagi Pulangan Pelaburan/ROI bagi projek-projek komersial/usahasama KEJORA mengikut perancangan/perjanjian yang ditetapkan.
  • Mengkaji cadangan pelaburan KEJORA termasuk kajian kebolehterusan/ke arah hala tuju membiyai diri
  • Menjadi Urusetia Jawatankuasa Pelaburan KEJORA (JPK) dan Jawatankuasa Teknikal Pelaburan KEJORA (JTPK)

PEMBANGUNAN HARTANAH DAN KOMERSIAL

  • Menyelaras urusan perlantikan jurunilai hartanah dan swasta untuk tujuan perolehan/pelupusan aset pelaburan, pelaburan jangka masa pendek,jangka masa sederhana dan jangka masa panjang.
  • Menyelaras permohonan cadangan projek-projek usahasama KEJORA(Perumahan/Pertanian/Pelancongan) yang berdaya maju.
  • Menyelaras dan menilai semula pelaburan KEJORA dalam bidang-bidang pelaburan komersial sedia ada dalam bidang yang bersesuaian (viability & sustainability).
  • Memantau perjanjian pelaburan usahasama/swasta KEJORA selaras dengan pulangan pelaburan yang telah ditetapkan dalam perjanjian/persetujuan.

PENGURUSAN TABUNG-TABUNG DAN EKUITI