IKLAN TAWARAN SEWAAN RUANG NIAGA KEJORA BIL. 1/2024
- Tempoh tawaran permohonan ini adalah sebagaimana berikut:
Tarikh Mula : 25 Jun 2024 (SELASA)
Tarikh Tutup : 8 Julai 2024 (ISNIN)
2. Syarat-syarat permohonan adalah sebagaimana berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Bumiputera;
- Penduduk / Pengusaha di dalam Wilayah KEJORA (Bandar Baharu KEJORA, FELDA, kampung tradisional & kawasan sekitar); dan
- Permohon baru atau sedang menjalankan perniagaan.
3. Pemohon baharu adalah dinasihatkan agar membuat semakan & lawatan ke atas premis yang berkenaan sebelum mengemukakan permohonan.
4. Dokumen-dokumen PERLU dimuatnaik bersama Borang Permohonan Sewaan Premis adalah sebagaimanaberikut:
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan Pendaftaran SSM (Borang A atau D termasuk maklumat perniagaan & makluman pemilik masa kini)
- Salinan Borang 9, Borang 24 & Borang 49 (jika pendaftaran syarikat atau Sdn. Bhd.)
- Salinan Lesen Perniagaan (jika ada)
- Salinan Penyata Kewangan terkini ATAU Penyata Akaun Bank (3 bulan terakhir) ATAU Salinan Buku Simpanan Bank (butir akaun & baki akhir)
- Salinan sijil atau dokumen sokongan lain yang berkaitan (contoh seperti Persijilan HALAL, penyertaan kursus & lain-lain)
- Salinan sijil akademik tertinggi
Nota** Dokumen-dokumen perlu disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung/Pengerusi Jawatankuasa Persatuan Penduduk/Penghulu/Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan ke atas
5. Sila lengkapkan borang permohonan di https://forms.gle/NF85LbpYvVffeES3A sebelum atau pada 8 Julai 2024 sebelum pukul 5.00 petang.
6. Permohonan yang tidak lengkap & tidak mengemukakan dokumen-dokumen di atas akan dikira TERBATAL serta tidak akan diproses.
7. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Unit Ekonomi & Usahawan KEJORA di talian 078843036.