JERAYAWARA MUZIKA BUDAYA WILAYAH KEJORA
Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) melalui bahagian Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa telah melaksanakan Jerayawara Muzika Budaya Wilayah KEJORA bertempat di Imperial Heritage Hotel, Melaka pada 30 dan 31 Mac 2022 yang lalu.
Muzika Budaya Wilayah KEJORA merupakan satu usaha yang digembleng dalam memastikan kesenian dan kebudayaan khususnya warisan negeri Johor dapat disemai dalam kalangan penduduk Wilayah KEJORA menerusi empat (4) komponen yang digarap iaitu Jerawayara Muzika Budaya, Program Pembangunan Muzika Budaya, Pertandingan Muzika Budaya dan Malam Gala Muzika Budaya. Selain itu, program ini bertujuan menyemarakkan warisan dan budaya negeri Johor yang memberi fokus dalam membentuk masyarakat berbudaya nilai tinggi serta perlindungan khazanah warisan negara serta menjadikan produk kebudayaan sebagai penyumbang penting pembangunan sosioekonomi negara.
Jerayawara yang bermaksud sesi libat urus bagi membincangkan Garis Panduan Muzika Budaya Wilayah KEJORA telah menghimpunkan penggiat dan persatuan budaya dan seni di Negeri Johor telah dihadiri oleh wakil Persatuan Ghazal Negeri Johor , Persatuan Penggiat Zapin Negeri Johor (Pe-Zapin), Majlis Kebudayaan Kota Tinggi, Majlis Kebudayaan Negeri Johor dan Majlis Belia Felda Malaysia. Sesi ini turut melibatkan wakil kumpulan sasar di Wilayah KEJORA yang dihadiri oleh JPKK Kampung Mawai, Kampung Datoβ Abdul Rahman Yassin dan Kampung Paya selain turut melibatkan jemputan wakil Kumpulan Band KEJORA, Kumpulan Anak Pentas KEJORA serta wakil dari Bahagian Perancangan Strategik dan Unit Ekonomi & Usahawan, KEJORA serta Bahagian Pelancongan.
Lebih manis lagi, Jerayawara ini dihadiri oleh Pengarah Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara, Johor serta Ketua Bahagian Persuratan & Sejarah, Yayasan Warisan Johor yang telah turut sama berkongsi pandangan dan pengalaman bagi pemurnian Garis Panduan Muzika Budaya Wilayah KEJORA agar selari dengan cadangan penwujudannya.
BERJUMPA NANTI DALAM MUZIKA BUDAYA WILAYAH KEJORA !!