KEJOHANAN SEPAK TAKRAW TERBUKA PIALA KEJORA 2025 MERIAHKAN DESARU
Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) buat julung kalinya telah menganjurkan Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Piala KEJORA 2025 yang berlangsung dari 21 hingga 23 November 2025 dengan kerjasama Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) dan Persatuan Sepak Takraw Negeri Johor (PSTNJ) di Kompleks Rakan Muda Desaru.
Sebanyak 40 pasukan bertanding dalam Kategori Terbuka, manakala 10 pasukan bawah 12 tahun turut menyertai saingan pembangunan bakat muda.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Dato’ Haji Abdul Rahim bin Talib, Timbalan Presiden PSTNJ dan aksi penuh sengit dan bertenaga telah ditonjolkan sepanjang tiga hari kejohanan berlangsung.
Program ini bukan sahaja memperkukuh semangat kesukanan dan perpaduan komuniti, malah menjadi platform mencungkil bakat baharu dalam kalangan belia dan kanak-kanak serta memperkasa usaha KEJORA dalam pembangunan gaya hidup sihat.
Terima kasih kepada para peserta, jawatankuasa penganjur, petugas dan sukarelawan yang terlibat menjayakan program dan tahniah kepada pemenang kejohanan pada kali ini.


































































