KEJORA Best

Program pembangunan peningkatan kualiti persembahan dan pembungkusan produk-produk PKS KEJORA telahpun dimulakan pada tahun 2013. Walau bagaimanapun, bagi meningkatkan lagi mutu dan kualiti program  ini, bermula Tahun 2015, KEJORA mula melaksanakan program ini dengan lebih bermodul dan tersusun di bawah Program Transformasi Kualiti Produk PKS KEJORA – KEJORA BEST.

Objektif Program Transformasi Kualiti Produk ini bertujuan untuk

  1. Menyediakan program pembangunan keusahawanan melalui bimbingan secara total   dan menggalakkan  keupayaan dan potensi usahawan ke tahap yang lebih baik;
  2. Membangunkan dan mempertingkatkan produk usahawan melalui program   peningkatan kualiti   pembungkusan dan persembahan produk selari dengan kaedah   transformasi jenama yang betul dan berdaya saing serta mematuhi Akta Pelabelan dan Peraturan Makanan.
  3. Melaksanakan program persediaan peningkatan kualiti produk, pengawalan kualiti   (QC), amalan persekitaran berkualiti (5S) serta persediaan ke arah pensijilan   MeSTI/Halal/GMP/ISO9001 dan lain-lain yang berkaitan;
  4. Menyediakan satu platform dalam membimbing dan membantu usahawan dan   KEJORA dari segi pembangunan modal insan dan memperhebatkan keusahawanan dan perniagaan ke arah memperkasakan ekonomi usahawan bimbingan KEJORA

Pelaksanaan program ini melibatkan tiga peringkat iaitu;

  1. Persediaan Pelaksanaan Program Transformasi Perniagaan bagi mengenalpasti   pemilihan usahawan dan pemilihan produk
  2. Melaksanakan program penjenamaan dan pembungkusan ke atas produk   yang   terpilih bagi penentuan rekabentuk, percetakan, IP dan pengujian makanan ke atas nutrisi dan pengujian jangkahayat produk
  3. Melaksanakan program latihan kualiti dan program pemantauan susulan  ke   premis   usahawan bagi mengenalpasti penambahbaikan ke atas proses   pengeluaran dan   persediaan ke arah pensijilan halal, pematuhan MESTI, HCCP dan sebagainya

Perlaksanaan program dibawah inisiatif ’KEJORA BEST’ ini juga dapat mempertingkatkan lagi kapasiti bilangan jumlah usahawan tempatan khasnya usahawan KEJORA ke tahap yang lebih produktif, inovatif dan berdaya saing. Impak secara langsung adalah seperti berikut:

  1. Peningkatan ekonomi dan taraf hidup masyarakat melalui kegiatan   perniagaan dan perindustrian yang bertambah.
  2. Peningkatan pengetahuan dan kemahiran usahawan dan pegawai KEJORA   dalam aspek pembangunan usahawan, penjenamaan dan   pembungkusan,   keperluan teknikal serta pembangunan dan peningkatan kualiti produk dan   kawalan kualiti.
  3. Memberi nilai tambah kepada produk-produk keluaran usahawan KEJORA   melalui   penambahbaikan reka bentuk dan fungsi pembungkusan dan   penjenamaan serta penyediaan premis operasi yang menjurus ke arah   memenuhi keperluan yang sihat serta ke arah peringkat pensijilan Halal.
  4. Peningkatan jualan serta peluasan/peningkatan pasaran bagi produk-produk   usahawan PKS.
  5. Merealisasikan matlamat usahawan PKS KEJORA yang ingin   mengembangkan perniagaan serta menjadikan usahawan   bimbingan KEJORA sebagai role model  kepada usahawan yang   lainPertambahan bilangan usahawan PKS KEJORA yang dapat menembusi pasaran tempatan dan global.

KEJORA mensasarkan sebanyak 50 produk dapat dipertingkatkan kualiti persembahan produk, penjenamaan dan pembungkusan mulai tahun 2015 sehingga akhir tahun 2020.