Penggerak dan Pengerusi JKKK
SENARAI TUGAS PENGGERAK
- Menghadiri Mesyuarat MPKK yang diadakan setiap bulan.
- Menghadiri program dan aktiviti yang dianjurkan oleh MPKK dan yang melibatkan MPKK seliaan.
- Membimbing MPKK bagi menyediakan dokumen-dokumen rasmi mengikut format yang telah ditetapkan seperti surat, kertas kerja dan laporan.
- Membimbing MPKK untuk menguruskan dokumen-dokumen yang telah diwujudkan supaya dapat diakses semula apabila diperlukan.
- Membimbing MPKK dalam penganjuran sesuatu program dan aktiviti komuniti setempat mahupun di peringkat yang lebih tinggi.
- Membimbing MPKK mengurus dan mentadbir kampung termasuk kampung-kampung rangkaian di bawah seliaannya.
- Berperanan sebagai orang tengah dan pemudahcara kepada MPKK dalam usaha menyelesaikan sebarang masalah dan keperluan komuniti.
- Membimbing MPKK bagi mendapatkan maklumat-maklumat terkini dan memasukkan data-data Profil Kampung ke dalam Sistem Profil Kampung (SPKPN)
SENARAI NAMA PENGGERAK