5.0
BATASAN JAWATANKUASA
Keahlian jawatankuasa adalah merangkumi keseluruhan penduduk bandar-bandar KEJORA dan kawasan di dalam wilayah KEJORA yang berhampiran bandar-bandar tersebut kecuali kawasan-kawasan di mana telah sedia ada jawatankuasa tersendiri seperti JKKR bagi petempatan FELDA dan JKK bagi kampung.
5.1 Jawatankuasa adalah bertanggungjawab mempertahankan sebarang keputusan yang telah diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa. Adalah tidak wajar, seorang Ahli Jawatankuasa dalam sebarang hal atau keadaan bertindak secara bersendirian atau menggunakan nama jawatankuasa bagi tujuan mendapatkan sesuatu kemudahan atau keistimewaaan persendirian atau bagi faedah penduduk tanpa terlebih dahulu merujuk kepada Jawatankuasa.
5.2 Ahli Jawatankuasa adalah dilarang sama sekali bertindak di luar batas atau bidang kuasa yang telah diperuntukkan kepadanya sebagaimana yang tercatat dalam kertas garis panduan matlamat tanggungjawab dan peranan jawatankuasa.
5.3 Bidang tugas atau peranaan Ahli Jawatankuasa hanyalah terbatas di kawasan perjalanan Jawatankuasa sahaja. Ahli Jawatankuasa tidak dibenarkan mempraktikkan peranan yang diperuntukkan kepada mereka di luar kawasan perjalanan jawatankuasa.
0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Tinggalkan Balasan