3.0 |
BIDANG TUGAS/ PERANAN AHLI JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN BANDAR-BANDAR BARU KEJORA | ||||
3.1 | PENGERUSI | ||||
i. | Mempengerusikan mesyuarat perancangan dan penyelarasan jawatankuasa dua (2) bulan sekali atau sekiranya perlu sebulan sekali. | ||||
ii. | Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat lain yang berkaitan dengan jawatankuasa. | ||||
iii. | Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perjalanan pentadbiran dan pelaksanaan program dan rancangan yang diatur oleh jawatankuasa di peringkat bandar. | ||||
iv. | Mengawasi perjalanan jawatankuasa dalam segala aspek | ||||
v. | Menjadi penyelaras di antara penduduk dengan KEJORA dan di mana perlu dengan anggota kerajaan, agensi-agensi atau jabatan-jabatan kerajaan lain seperti penghulu, KEMAS, Jabatan Pendidikan, Jabatan Pos dan lain-lain. | ||||
vi. | Bertanggungjawab memberikan pandangan / cadangan terhadap pembangunan Bandar. | ||||
vii. | Melaksanakan tanggungjawab berteraskan Kod Etika Pengerusi sebagaimana berikut : | ||||
a. INTEGRITI Huraian: Melaksanakan tugas dengan setulus hati dan memiliki sifat kebertangunggjawaban (akauntabiliti) demi kepentingan JKKMB.b. KOMITED Huraian: Memberi komitmen sepenuhnya terhadap tanggungjawab di bawah JKKMB di samping tugas hakiki.c. JUJUR DAN TELUS Huraian: Sentiasa jujur, telus dan adil sepanjang menjalankan tugas.d. PROFESIONAL Huraian: Melaksanakan kerja dengan penuh teliti, tekun dan bersungguh-sungguh sebagai Pengerusi. |
Leave a Reply
Want to join the discussion?Feel free to contribute!