4.0
KEAHLIAN
Keahlian jawatankuasa adalah merangkumi keseluruhan penduduk bandar-bandar KEJORA dan kawasan di dalam wilayah KEJORA yang berhampiran bandar-bandar tersebut kecuali kawasan-kawasan di mana telah sedia ada jawatankuasa tersendiri seperti JKKR bagi petempatan FELDA dan JKK bagi kampung.
4.1 Ahli Jawatankuasa
i. Setiap ahli yang berusia 25 tahun ke atas sama ada beliau penduduk bandar-bandar KEJORA atau bekerja di bandar-bandar KEJORA boleh dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa, sekiranya daripada segi fizikal dan mental beliau didapati layak.
ii. Pihak pengurusan KEJORA adalah berhak melantik Ahli Jawatankuasa untuk menganggotai jawatankuasa. Kuasa pihak pengurusan melantik ahli jawatankuasa ini, boleh dilepaskan sekiranya pihak pengurusan mendapati jawatankuasa boleh bergerak mengendalikan urusan perlantikan jawatankuasa dengan sendiri.
iii. Naib Pengerusi, Bendahari, Setiausaha, Penolong Setiausaha dan Pengerusi-Pengerusi Biro boleh berbincang dan membuat keputusan melantik atau menggugurkan wakil penduduk dengan persetujuan pihak pengurusan KEJORA.
iv. Ketua UMNO cawangan, Ketua-Ketua Pertubuhan Politik yang menganggotai Kerajaan adalah secara automatik menduduki mesyuarat jawatankuasa. Mereka tidak boleh dilantik memegang jawatan Naib Pengerusi di dalam jawatankuasa ketika di dalam pertubuhan politik tersebut.
v. Pegawai-pegawai kerajaan, Badan Berkanun ataupun swasta yang menjadi ketua sesuatu agensi seperti Polis, Bomba, Perhilitan, SAJ, Telekom, TNB dan seumpamanya boleh dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa dengan syarat mereka merupakan ahli kepada jawatankuasa.
vi. Ahli yang telah dilantik oleh penduduk bandar untuk memegang jawatan Pengerusi sesuatu badan atau pertubuhan di bandar-bandar seperti Pengerusi Jawatankuasa Tadbir Masjid, Pengerusi TABIKA dan seumpamanya boleh dilantik oleh pihak pengurusan KEJORA sebagai Ahli Jawatankuasa. Walau bagaimanapun, sekiranya mereka tidak dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa dan badan yang mereka terajui akan dipertanggungjawab kepada Pengerusi-Pengerusi Biro yang bersesuaian.
vii. Ahli-ahli yang telah dilantik sebagai Pengerusi Biro dikehendaki membentuk Jawatankuasa Biro dan menyerahkan senarai Jawatankuasa Biro kepada Setiausaha tidak lewat daripada dua (2) minggu setelah perlantikan mereka sebagai Pengerusi Biro.
0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Tinggalkan Balasan