6.0
KEISTIMEWAAN
6.1 Setiap Ahli Jawatankuasa berhak menikmati keistimewaan yang diperuntukan kepadanya dari semasa ke semasa oleh pihak pengurusan KEJORA.
6.2 Setiap jawatankuasa berhak menyuarakan pandangan, pendapat, atau mengemukakan permohonan, asalkan pandangan, pendapat tersebut tidak menyentuh polisi dan dasar pihak pengurusan atau kerajaan.
6.3 Pemberian Elaun Tetap bagi Naib Pengerusi dan Setiausaha akan dilaksanakan berdasarkan peruntukan semasa.
6.4 Kajian terhadap kenaikan kadar elaun menghadiri mesyuarat akan dibuat berdasarkan peruntukan semasa.
6.5 Penggunaan kad jawatankuasa sebagai pengiktirafan dan identiti Ahli JKKMB.
6.6 Jawatankuasa ini adalah dibenarkan untuk mendapatkan atau membeli aset atas nama jawatankuasa dengan nasihat dan pandangan Pengerusi dan kelulusan pihak pengurusan KEJORA terlebih dahulu.
6.7 Menghadiri kursus-kursus yang akan dikendalikan oleh KEJORA dalam tempoh lantikan.
6.8 Diberikan potongan harga bagi sebarang sewaan peralatan dan kemudahan yang disediakan oleh pihak Lembaga Bandaran Johor Tenggara sekiranya permohonan adalah berdasarkan nama JKKMB dan keperluan jawatankuasa ini.
0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Tinggalkan Balasan