
Kini, peranan Mini RTC menjadi semakin meluas dan tidak terhad, berbanding dengan MID yang hanya berfungsi sebagai pusat ICT dan tertumpu kepada pelaksanaan program-program merapatkan jurang digital. Mini RTC akan menjadi platform untuk menyelaras semua program daripada pelbagai Agensi/Jabatan berlandaskan konsep Strategi Lautan Biru Nasional 5 (NBOS 5 dan NBOS 8).
Langkah menaiktaraf MID kepada Mini RTC juga akan memperluaskan skop, peranan dan fungsi Pengurus sedia ada. Fokus kini tertumpu kepada usaha menggalakkan kolaborasi pelbagai agensi/jabatan/swasta dalam aspek tenaga dan kepakaran bagi melaksanakan program di premis Mini RTC. Kolaborasi ini dijalankan dengan memaksimakan penggunaan sumber sedia ada di pelbagai Kementerian yang terlibat bagi mencipta lonjakan dalam pembangunan luar bandar melalui penjimatan kos serta pelaksanaan program/aktiviti dalam tempoh yang singkat (quick win).
Objektif Mini RTC :
- Sebagai ‘One Stop Centre’ kepada penduduk luar Bandar.
- Menyediakan prasarana untuk penduduk kampung memasarkan produk keluaran
mereka bagi meningkatkan taraf sosial ekonomi. - Sebagai ‘Satu Hentian Pelbagai Perkhidmatan’.
Pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang
disediakan oleh Mini RTC Wilayah KEJORA seperti berikut :
BIL | MINI RTC |
BILANGAN KOMPUTER |
PAUTAN |
MINI RTC DAERAH | |||
1. | Mini RTC Kg. Mawai Baru |
20 buah | http://midenam.wordpress.com/ |
MINI RTC MUKIM | |||
1. | Mini RTC Tanjung Sedili |
10 buah | http://midsatu.wordpress.com/ |
2. | Mini RTC Layang-layang |
10 buah | http://midkp.wordpress.com/ |
3. | Mini RTC Sungai Kapal |
10 buah | http://midsgkapal.wordpress.com/ |
4. | Mini RTC Bukit Raja |
10 buah | http://midbktraja.wordpress.com/ |
5. | Mini RTC Kahang |
10 buah | http://middua.wordpress.com/ |