Aktiviti dan Perkhidmatan
Aktiviti Utama Pusat Komuniti Desa (PKD) ialah :
- Menyediakan pusat ‘Satu Hentian Pelbagai Perkhidmatan’ kepada penduduk kampung dalam mendapatkan perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh kerajaan.
- Menyediakan prasarana untuk penduduk kampung memasarkan produk mereka
- Menyediakan platform kepada agensi-agensi kerajaan yang ingin menjalankan program untuk memperkasakan penduduk kampung baik dari segi pendidikan, ekonomi, sosial, kebudayaan dan politik.
- Menyebarkan peranan dan fungsi RTC.
- Berperanan sebagai penyampai maklumat kepada penduduk kampung mengenai dasar-dasar kerajaan dan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh pelbagai agensi kerajaan kepada penduduk kampung.
- Melaksanakan program merapatkan jurang digital.
Lain-lain perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan sebagaimana berikut :
| BIL | PERKHIDMATAN |
| 1. | Kursus Komputer dan Latihan ICT |
| 2. | Kursus Kemahiran Desa |
| 3. | Perkhidmatan penggunaan mesin faks, mesin pengimbas (Scanner) |
| 4. | Upah menaip |
| 5. | Perkhidmatan binding dan laminating |
| 6. | Perkhidmatan percetakan |
| 7. | Perkhidmatan pembayaran bil-bil dan perbankan secara dalam talian |
| 8. | Menjual alat tulis |
| 9. | Perkhidmatan gambar pasport |
| 10. | Agen menjual peralatan komputer |
| 11. | Perkhidmatan baikpulih komputer |
| 12. | Perkhidmatan internet dan wifi |
| 13. | Perkhidmatan penyediaan video korporat |
| 14. | Perkhidmatan rekabentuk web |
| 15. | Kiosk Informasi 1 Malaysia |
| 16. | Agen pertanian bernilai tinggi |
| 17. | Agen pemprosesan produk agro makanan |
| 18. | Agen pengurusan rantaian bekalan hasil pertanian |
| 19. | Perkhidmatan kesihatan 1Malaysia |
| 20. | Agen kemudahan pembiayaan kewangan |






