Pengenalan

Mini RTC pada dahulunya dikenali sebagai Medan Infodesa (MID) yang telah dinaiktaraf selaras dengan pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam Bajet 2013 yang lalu. Cadangan penaiktarafan ini adalah merupakan usaha pihak kerajaan untuk mempercepatkan transformasi luar Bandar sebagai kawasan yang produktif, maju dan berdaya saing.

Kini, peranan Mini RTC menjadi semakin meluas dan tidak terhad, berbanding dengan MID yang hanya berfungsi sebagai pusat ICT dan tertumpu kepada pelaksanaan program-program merapatkan jurang digital. Mini RTC akan menjadi platform untuk menyelaras semua program daripada pelbagai agensi/jabatan berlandaskan konsep Strategi Lautan Biru Nasional 5 (NBOS 5 dan NBOS 8).

Langkah menaiktaraf MID kepada Mini RTC juga akan memperluaskan skop, peranan dan fungsi Pengurus sedia ada. Fokus kini tertumpu kepada usaha menggalakkan kolaborasi pelbagai agensi/jabatan/swasta dalam aspek tenaga dan kepakaran bagi melaksanakan program di premis Mini RTC. Kolaborasi ini dijalankan dengan memaksimakan penggunaan sumber sedia ada di pelbagai kementerian yang terlibat bagi mencipta lonjakan dalam pembangunan luar bandar melalui penjimatan kos serta pelaksanaan program/aktiviti dalam tempoh yang singkat (quick win).

Terdapat 5 buah MID yang telah dinaiktaraf kepada Mini RTC dalam Wilayah KEJORA iaitu:

KATEGORI MEDAN INFODESA

(MID)

PKD
MID Daerah MID Kampung Mawai PKD Mawai Baru
MID Mukim MID Kampung Sri Gading PKD Tanjung Sedili
MID Kampung Paya PKD Layang-layang
MID Kampung Contoh PKD Kahang
MID Kampung Bukit Raja PKD Bukit Raja

[mediagrid cat=”10″ title_under=”1″]