Konvensyen Team Excellence Peringkat Mini Wilayah Selatan (MTEx) 2021

Selaras dengan norma baharu bagi mencegah penularan wabak Covid 19, Konvensyen Team Excellence Peringkat Mini Wilayah Selatan (MTEx) 2021 telah berlangsung secara atas talian pada hari ini. Wakil daripada pihak penganjur MPC terdiri daripada tiga orang panel penilai iaitu Puan Adlina Snawi, Puan Nahdatul Faeizin Norman dan Encik Mohd Faizol Abdul Rahman. Manakala pihak KEJORA diwakili oleh satu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) iaitu kumpulan Agro dengan tajuk projek “Proses Kerja Penuaian Sarang Burung Walit Di Ruang Sempit Mengambil Masa Yang Lama” dan dinamakan sebagai “Swiftlet Nest Collecter (SNC My-Z) “. Semoga kumpulan Agro terus berjaya.