Unit Ekonomi & Usahawan
- Melahirkan usahawan yang pro-aktif, dinamik, berdaya maju dan berdaya tahan;
- Melahirkan usahawan yang dapat mengeluarkan produk/barangan yang berkualiti dan berdaya saing untuk pasaran tempatan dan eksport;
- Mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera (MPPB);
- Mewujudkan peluang-peluang pekerjaan untuk tenaga kerja yang tinggal di kawasan Bandar Tenggara dan Bandar Penawar;
- Meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar dan sekitar melalui sektor perindustrian
- Meningkatkan pendapatan Kerajaan melalui aktiviti komersial swasta;
- Menggalakkan pembangunan industri perkhidmatan dan sokongan; dan
- Menggalakkan pertumbuhan pelaburan melalui pelaburan tempatan dan asing.
Latar Belakang
Unit Ekonomi dan Usahawan merupakan unit yang menyelaras aktiviti yang meransangkan ekonomi penduduk wilayah KEJORA dalam sektor keusahawanan serta perindustrian. Tugas-tugas sedia ada merangkumi perkara-perkara berikut:
- Merancang strategi program dan aktiviti dalam mengembangkan ekonomi wilayah KEJORA dalam sektor pertanian, perindustrian, usahawan dan pelancongan;
- Mencari peluang dan ruang bagi menggalakkan lagi perkembangan ekonomi wilayah KEJORA;
- Menjalankan aktiviti promosi dan jaringan kerjasama untuk memperkenalkan sumber yang terdapat di dalam wilayah KEJORA;
- Mengenalpasti sumber yang terdapat di dalam wilayah KEJORA untuk dikomersilkan ke peringkat antarabangsa;
- Meningkatkan tahap ekonomi masyarakat di dalam wilayah KEJORA melalui program bimbingan perniagaan dan keusahawanan; dan
- Bertanggungjawab menjalankan usaha berterusan dalam melonjakkan ekonomi wilayah KEJORA ke arah berdaya saing yang lebih kompetitif;
Fungsi Utama
- Program Pembangunan Usahawanan dan Pengurusan Premis Perniagaan Milik KEJORA
- Menguruskan sepenuhnya semua premis melibatkan gerai, bengkel, kilang IKS & Kilang Inkubator serta mengadakan kolaborasi strategik bersama agensi kerajaan yang lain;
- Bertanggunjawab untuk menyelaraskan penyertaan usahawan di dalam ekspo atau pameran di dalam dan di luar negara, selain menganjurkan ekspo atau pameran keusahawanan;
- Berperanan di dalam membangunkan pembungkusan dan pelabelan produk usahawan KEJORA;
- Melaksanakan Program Jaringan Usahawan KEJORA (JUARA);
- Bertanggungjawab untuk merancang, melaksanakan, memantau pelaksanaan program latihan & bimbingan kepada usahawan seperti kursus, latihan, lawatan dan seminar;
- Bertanggungjawab menyelaras dan melaksanakan Program Skim Bantuan Modal Niaga (SBMN);
- Bertanggungjawab merancang, menyelaras dan melaksanakan Program Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB), Program Start Right (PSR@KKDW), Desamall dan Program Pemerkasaan Pusat Komuniti Desa (PKD) di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
- Program Perindustrian
- Merancang dan melaksanakan program perindustrian di wilayah KEJORA selaras dengan polisi-polisi Kerajaan Pusat/Kerajaan Negeri; dan melaksanakan program perindustrian di wilayah KEJORA selaras dengan polisi-polisi Kerajaan Pusat/Kerajaan Negeri;
- Merancang dan menilai strategi bagi pembangunan sektor Perindustrian KEJORA mengikut keadaan semasa;
- Bertanggungjawab dalam mengekalkan hubungan dengan para pelabur, serta menyelaras dan mengawasi prestasi syarikat-syarikat;
- Bertanggungjawab dalam memproses permohonan lot-lot industri, permohonan penukaran jenis perusahaan, penukaran nama syarikat dan permohonan syarikat untuk mencagarkan lot industri kepada institusi kewangan;
- Bertanggungjawab untuk mendapatkan, mengumpul dan menganalisa data-data dan maklumat perangkaan pembangunan perindustrian serta penyediaan Laporan Pembangunan Perindustrian KEJORA.