Bahagian Hartanah
a) Melaksanakan tugas-tugas mendapatkan hak milik tanah daripada Kerajaan Negeri bagi tujuan pembangunan projek-projek perumahan, perindustrian, pelancongan, pertanian dan projek kemudahan awam.
b) Memberi perkhidmatan kepada bahagian-bahagian di KEJORA dalam melaksanakan projek pembangunan seperti menyediakan perakuan Serah Balik Kurnia Semula (SBKS)
Fungsi
Unit Tanah
- Penyedian kertas kerja permohonan tanah bagi kelulusan Lembaga pengarah KEJORA.
- Pembangunan Perumahan / Bangunan
- Pembangunan Kawasan Perindustrian
- Pembangunan Kawasan Pertanian
- Pembangunan Kawasan Pelancongan
- Pembangunan Kawasan Kemudahan Awam
- Pembangunan Kawasan Oleh Agensi Kerajaan
- Penyediaan kertas kerja permohonan dan perakuan tanah kepada Pengarah Tanah dan Galian (PTG) bagi kelulusan Kerajaan Negeri
- Menyimpan daftar hak milik tanah bagi urusan :
- Pindah milik Tanah / Lot – Borang 14A
- Pajakan Tanah – Borang 15A
- Gadaian Tanah / Lot – Borang 16A
- Sewaan / LPS / TOL – Borang 4A
- Tanah rizab SUK di bawah penyelenggaraan KEJORA
- Penguatkuasaan sekatan-sekatan kepentingan, syarat-syarat hak milik sebagaimana yang dikehendaki oleh Kanun tanah Negara ( Bahagian tujuh KTN )
- Penyediaan kerja-kerja ukur parameter dan menanam batu sempadan.
- Merancang dan menyelaras pembangunan tanah dalam kawasan atau Wilayah KEJORA dengan Pejabat Tanah Daerah dan Jabatan-Jabatan Teknikal yang lain.
Unit Perumahan
- Pentadbiran dan penjualan rumah di Bandar-bandar Baru KEJORA dan kampong Tersusun KEJORA.
- Penyediaan perjanjian jualbeli rumah dan rumah kedai yang meliputi pindahmilik ,gadaian dan pelepasan gadaian.
- Kutipan bayaran dan penguatkuasaan tunggakan rumah kos rendah ,rumah kos sederhana rendah,rumah pangsa KEJORA dan kedai dibina oleh KEJORA.
- Penyelenggaraan dan pembaikan rumah dalam sewaan atau proses jualan.
- Pengurusan harta- harta KEJORA termasuk pembangunan projek-projek perumahan secara penswastaan di Bandar-bandar baru KEJORA.