header-inner-1
header-inner-3
header-inner-4
header-inner-5
header-inner-6
header-inner-7
BANNER-INNER
KORPORAT

Bahagian Pembangunan Sosial & Pemajuan Desa

UEU
NAMA :  MOHD FAKHARUR RAZZIY BIN HAZRAN
E-mel: razzy[at]kejora[dot]gov[dot]my
No. Telefon: 07-8843013
OBJEKTIF

Merancang dan menyelaras pembangunan di Wilayah KEJORA dengan penumpuan kepada bandar-bandar baharu, pusat-pusat penempatan dan kampung-kampung tradisional dari segi penyediaan kemudahan-kemudahan awam dan sosial, pembangunan ekonomi, program pembangunan sosial dan institusi, membangunkan masyarakat termiskin serta memantau pengoperasian pengurusan Mini RTC Wilayah KEJORA.

  1. Mengurus dan melaksanakan projek-projek kemudahan awam dan sosial, pembangunan insan, pembangunan kampung tradisional, perumahan/ ruangniaga dan masyarakat termiskin;
  2. Melaksanakan program-program pembangunan insan, sosial, institusi dan pengurusan Mini RTC bagi mengurangkan jurang digital;
  3. Membantu golongan termiskin dan pembangunan masyarakat Wilayah KEJORA melalui projek Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR), Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK), Program Kecemerlangan Pendidikan (PKP) dan Program Pembangunan Minda Insan (PPMI);
  4. Meningkatkan kemudahan awam dan sosial di kampong tradisional dan pembangunan tersusun yang melibatkan rumah kos rendah serta yang berkaitan;
  5. Melaksanakan usaha pembasmian golongan miskin tegar di Wilayah KEJORA melalui bantuan SPKR yang diwujudkan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) melalui pendaftaran e-kasih;
  6. Pemantapan organisasi JKKK dan Penggerak; dan
  7. Program Desa Lestari.

Aktiviti Utama Bahagian Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa

Bil Aktiviti Utama Pihak Lain Yang Terlibat
1. Merancang, merangka dan melaksanakan program-program pembangunan kemanusiaan (Modal Insan) • Penduduk Wilayah KEJORA
2. Merancang, merangka dan melaksanakan program-program pembangunan dan kecemerlangan pendidikan ( Program Kecemerlangan Pendidikan ) • Belia Wilayah KEJORA
• Institusi Kemahiran dan Pendidikan
3. Menjadi urus setia Program Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat ( SPKR ) • Penduduk Wilayah KEJORA
• GDW Wilayah KEJORA
4. Menyelaras dan mengemaskini maklumat Profil Kampung • GDW Wilayah KEJORA
5. Menyelaras dan melaksana program-program Pembangunan Ekonomi, Program Peningkatan Ekonomi ( PPP ), Program Latihan Kemahiran Kerjaya ( PLKK ), Program Bantuan Rumah ( PBR ) dan Mini RTC • Penduduk Wilayah KEJORA

Produk dan Perkhidmatan Bahagian Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa

Bil Produk/Perkhidmatan Kumpulan Sasar
1. Pembangunan projek-projek, kemudahan awam dan sosial serta pembangunan ekonomi di Bandar-Bandar Baru dan kampung tradisional di wilayah KEJORA • Penduduk Wilayah KEJORA
2. Pelaksanaan program-program pembangunan insan serta sosial • Penduduk Wilayah KEJORA
3. Pelaksanaan usaha pembasmian golongan miskin tegar melalui Program Bantuan Rumah ( PBR ) di bawah Program Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat ( SPKR ). • Peserta e-Kasih
4. Pembangunan Ekonomi Kampung melalui penubuhan koperasi ( Desa Abad-21 ) • GDayaW Wilayah KEJORA