Bahagian Perancangan Strategik
Membantu menjadinyatakan wawasan untuk memajukan kawasan Johor Tenggara menerusi aktiviti Perancangan, Pelarasan, Pelaporan, Pemantauan serta Penilaian ke atas pelaksanaan program-program dan aktiviti-aktiviti pembangunan fizikal dan sosial. Penumpuan diberikan kepada Bandar-bandar baru, pusat-pusat penempatan dan kampung-kampung tradisional yang melibatkan penyediaan prasarana, kemudahan-kemudahan awam dan sosial, pembangunan ekonomi, pembangunan sosial, dan institusi serta usaha-usaha untuk merapatkan jurang digital antara penduduk luar bandar dengan bandar.
Fungsi
- Memantau dan menyelaras Pelan Strategik KEJORA supaya selari dengan perkembangan ekonomi dan sosial Wilayah KEJORA.
- Penyediaan Laporan Key Performance Indicator KEJORA dan pemantauan prestasi Pelan Strategik melalui Sistem MyPrestasi.
- Menyelaras dan memantau Sistem iKEJORA.
- Penyelarasan dan perancangan projek-projek pembangunan KEJORA bagi rancangan lima tahun.
- Penyediaan perancangan pelaksanaan program/projek tahunan (PPP).
- Menyelaras dan memantau perlaksanaan prestasi program/projek KEJORA.
- Menyelaras dan mengemaskini data dan maklumat pembangunan KEJORA di bawah Rancangan Malaysia Lima tahun yang berkaitan dengan prestasi fizikal dan prestasi perbelanjaan dalam Sistem Pemantauan Projek II / My Projek.
- Menyelaras dan mengemaskini Petunjuk Prestasi Utama (KPI KPLB dan Exco Negeri Johor.
- Menyelaras baki peruntukan pembangunan KEJORA.
- Melaksana, menyelaras dan memastikan pemantauan pelaksanaan aktiviti/program kolaborasi KEJORA.
- Melaksana, menyelaras dan memastikan urusan pelaksanaan kajian di peringkat KEJORA dan kementerian berjalan dengan lancar.
- Melaksana, menyelaras dan memastikan urusan penyediaan pelaporan dapat disediakan pada masa yang telah ditetapkan.
- Melaksana, menyelaras dan memastikan urusan penerbitan dari segi perolehan memenuhi prosedur yang telah ditetapkan.
- Melaksana, menyelaras dan mengemukakan permohon bajet mengurus bahagian.
- Menyelaras persiapan nota taklimat.
- Pemantauan dan penyediaan laporan KPI SKT Bahagian/Unit melalui Sistem MyPretasi.
Aktiviti Utama
Aktiviti Utama Bahagian Perancangan Strategik
Bil | Aktiviti Utama | Pihak Lain Yang Terlibat | Sistem Semasa |
1. | Merancang, menyelaras dan menyedia dasar-dasar dan Pelan Strategik selaras dengan Dasar Nasional. | • Agensi Kerajaan • Pemimpin Masyarakat • Masyarakat Luar Bandar |
• Tiada |
2. | Merancang, menyelaras dan memantau prestasi pelaksanaan projek / program-program pembangunan. | • Agensi Kerajaan • Pemimpin Masyarakat • Pembekal Perkhidmatan • Masyarakat Luar Bandar |
• MyProjek • SPPII |
3. | Focal point bagi penyediaan pelaporan tahunan dan nota taklimat | • Semua Bahagian / Unit KEJORA | • Tiada |
4. | Mengumpul dan menyelaras data-data mengenai kependudukan dan projek pembangunan | • Masyarakat Setempat • Agensi Kerajaan |
• iKEJORA • iParlimen |
5. | Memantau dan menyelaras pencapaian KPI KEJORA | • Semua Bahagian / Unit | • MyPrestasi |
Produk dan Perkhidmatan
Produk dan Perkhidmatan Bahagian Perancangan Strategik
Bil |
Produk/Perkhidmatan |
Kumpulan Sasar |
1. | Dasar dan Pelan Strategik KEJORA | • Pihak Berkepentingan
• Rakan Strategik • Pelanggan KEJORA • Semua Bahagian / Unit Dalaman KEJORA |
2. | Laporan Pemantauan dan Prestasi Projek / Program Pembangunan KEJORA | |
3. | Pengurusan maklumat dan data-data (sistem iKEJORA) | |
4. | Nota Taklimat Pembangunan KEJORA | |
5. | Laporan Prestasi KPI Strategik dan SKT Bahagian / Unit KEJORA | |
6. | Perancangan Pelaksanaan Program / Projek Tahunan (PPP) | |
7. | Laporan Tahunan KEJORA | |
8. | Kajian Penilaian Outcome dan Impak Program / Projek Pembangunan KEJORA |