Bahagian Pertanian & Industri Asas Tani
Objektif Bahagian Pertanian Dan Industri Asas Tani adalah sepertimana berikut :
- Menjadikan kawasan KEJORA sebagai kawasan pengeluaran barangan pertanian untuk pasaran
eksport dengan penumpuan kepada bahan pengeluaran bahan makanan. - Menggalakkan orang perseorangan dan syarikat-syarikat swasta melibatkan diri di dalam program
pembangunan pertanian di wilayah KEJORA secara komersial - Melahirkan usahawan tani yang berdaya maju, berdaya saing dan berdaya tahan melalui
pelaksanaan projek berteknologi tinggi. - Meningkatkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat di dalam sektor pertanian.
Latar Belakang
Bahagian Pertanian Dan Industri Asas Tani pada awalnya dikenali sebagai Bahagian Pertanian, Perindustrian dan Usahawan. Bahagian ini adalah ditukarkan namanya dengan nama Pertanian Dan Industri Asas Tani selepas penstrukturan semula Bahagian Pertanian, Perindustrian dan Usahawan berkuatkuasa pada 1 November 2011.
Selaras dengan penstrukturan semula Organisasi KEJORA, bahagian ini telah dinamakan Bahagian Pertanian Dan Industri Asas Tani bagi memberikan fokus pembangunan sektor Pertanian dan ternakan dalam wilayah KEJORA.
Fungsi Bahagian
- Pembangunan Tanah Pertanian
- Pembangunan Akuakultur
- Pembangunan Penternakan
- Pembangunan Pertanian Berteknologi Tinggi
- Pembangunan Pembangunan Industri Asas Tani
- Pembangunan Hutan Tani
- Pembangunan Infra & Ameniti Pertanian
- Pembangunan Ekonomi dan Keusahawanan Pertanian
- Pembangunan Agropelancongan
- Pembangunan Florikultur
- Pembangunan Pertanian Organik